TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, August 26, 2013

HISHAMMUDDIN TUMPANG TUI ZAHID?

         
Bila melihat reaksi orang Melayu yang begitu menyokong DS Zahid Hamidi yang meminta Waytha Moorty meletakkan jawatan dan meninggalkan kabinet kerana tidak berpuas hati dengan tindakan polis, DS Hishammuddin merupakan calun Naib Presiden UMNO yang pertama  cuba menumpang tui.

Hishammuddin berkata; "Saya setuju sangat dengan Zahid...apa yang disebut 101 peratus betul. Sebagai anggota Kabinet, kita tidak boleh meletakkan kepentingan peribadi melebihi pertimbangan secara kolektif".

Bukan main-main punya sokong... 101%!!! Kenapa Hisham mesti ikut belakang Zahid? Apa Hisham tak ada cara lain ke nak popular menjelang PAU nanti?

Sepatutnya bila dah nampak kenyataan Zahid itu mendapat sokongan Melayu, Hisham kena keluar kenyataan yang lebih umphh lagi bukan setakat sokong sahaja. Mungkin kalau Hisham lebih berani dia akan kata bahawa Waytha Moorthy merupakan penyakit untuk BN yang dibawak masuk oleh DS Najib dan DS Najib perlu segera buang penyakit tersebut!

Kalau setakat nak iakan apa yang Zahid cakap, aku yakin 101%, Hisham akan tertonggeng masa PAU nanti dan UMNO Johor eloklah hantar satu lagi nama untuk calun Naib Presiden.


1 comment:

Quantum Metal Consultant said...

Jangan mimpi umno johor so special, so berani, so hebat - sama je dengan umno lain-lain negeri.

Jenis cium pungkoq jugek.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI