TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, September 20, 2013

AIYAAA...JANGAN TENGOK SAYA PAK PUNYA MUKA

          
Rupa-rupanya DAP dianggotai oleh orang yang bodoh-bodoh belaka. Selama 50 tahun, rupanya DAP itu adalah wadah untuk Lim Kit Siang memperbodohkan rakyat Malaysia yang menjadi ahlinya. DAP bukanlah dikendali secara bersama sebagai sebuah parti, tetapi DAP dikendali macam sebuah syarikat oleh seorang Taiko busat, Lim Kit Siang. Inilah yang didedahkan oleh anggota DAP, jelas nampak bodohnya ahli DAP yang lain yang tak nampak mereka diperbodohkan. Peliknya yang masuk senarai B tupun tak perasan yang mereka di"B"ongokkan oleh Lim Kit Siang!!! Cuba baca apa yang didedahkan oleh ahli DAP yang cerdik ni;

Sejak 1968 DAP sentiasa dikawal oleh Lim Kit Siang yang memegang jawatan Setiausaha Agung atau Pengerusi Kebangsaan. Dalam organisasi DAP Setiausaha Agung paling berkuasa. Konsep ini sama seperti yang diamalkan oleh Parti Komunis Malaya yang mana jawatan Setiausaha Parti Komunis Malaya dipegang oleh Chin Peng.

Berikut adalah salah satu cara yang dimanipulasi oleh Lim Kit Siang untuk memastikan dia dan disnatinya terus berkuasa.

Parti DAP tidak mempunyai bahagian disetiap parlimen sepertimana yang diamalkan parti-parti lain. Mereka hanya mempunyai cawangan sahaja.

Cawangan-cawangan parti DAP pula dibahagikan kepada dua kumpulan.

i) Cawangan sijil A
ii) Cawangan sijil B

Penentuan samada sesebuah cawangan layak mendapat sijil A atau sijil B dibawah kuasa Setiausaha Agung.

Ahli-ahli cawangan sijil A layak untuk hadir ke Kongres Kebangsaan DAP dan layak mengundi untuk memilih CEC.

Ahli-ahli cawangan sijil B hanya layak hadir ke Kongres Kebangsaan DAP sebagai pemerhati sahaja dan TIDAK dibenarkan mengundi.

Untuk membaca lebih lanjut lagi tentang pendedahan ahli DAP ini, sila klik SINI.


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI