TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, September 21, 2013

KEMPEN - JOM KITA JENTIK-JENTIK

          
Tempoh menyerahkan borang untuk menjadi calun dalam pemilihan UMNO 2013 sudahpun ditutup jam 5.00 petang tadi. Alhamdulillah, baik di peringkat bahagian, mahupun di peringkat kebangsaan, ramai yang berasakan bahawa mereka layak dan mampu menggalas tanggungjawab sebagai pemimpin UMNO lantas menawarkan diri untuk bertanding.

Eloklah tu. Bertandinglah secara sihat. Adat bertanding, jentik menjentik memang ada. Jangan simpan dalam hati. Yang menang tak akan menang semua, dan yang kalah tak akan kalah semua. Apa yang penting, dalam sibuk-sibuk berkempen untuk mendapat tempat dalam parti, jangan lupa juga tugas untuk memperkuatkan parti. 

Yang dah bergelar YB tu, jangan dek kerana sibuk nak dapatkan tempat dalam parti, sampai terlupa pulak tugas-tugas sebagai YB, nanti tempat dalam parti dapat tetapi PRU 14, rakyat marah. Yang rasa mereka layak jadi pemimpin dan mampu menggalas tugas memimpin tu, dalam sambil-sambil kempen tu, tengok-tengokkan sekali mana-mana anak Melayu yang belum mendaftar sebagai pengundi, daftarkan mereka dan ajak sekali jadi ahli UMNO.

Bila ramai mendaftar diri untuk jadi calun, ini bermakna demokrasi sememangnya subur dalam UMNO. Tapi dalam kesuburan itu, kengkadang aku pelik juga. Apa tak peliknya, mendaftar jawatan-jawatan utama parti dalam bahagian, tetapi diri sendiri masih lagi menadah tangan ambil duit BR1M. Ini yang dikatakan ukur baju tapi tak ukur tinggi. Kalau sendiri masih mengharapkan bantuan dari kerajaan, bila dah terpilih sebagai ketua atau pemimpin nanti, macam mana nak tolong anak buah? Fikir-fikirkanlah. Kepada para perwakilan yang layak mengundi, buatlah pemilihan dengan tepat. 

Insyaallah, berapa ramai sekalipun bertanding, aku yakin ahli UMNO dah matang dan UMNO akan terus kukuh menyatukan Melayu demi agama, bangsa dan tanahair.


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI