TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, October 9, 2013

MAJLIS PENGENALAN CALON DI JOHOR HAMBAR

          
Majlis pengenalan calon yang bertanding bagi jawatan Majlis Tertinggi dan Exco sayap-sayap UMNO yang diadakan di Waterfront City Hotel di The Zone, Johor Bahru semalam hambar.

Ini dapat dilihat dari banyaknya kerusi-kerusi yang diperuntukkan kepada calon, kosong menandakan ramai calon yang bertanding tidak hadir.

Rasanya majlis ini tidak memenuhi kehendak calon. Maklumlah, setakat berbaris tunjuk muka, rata-rata calon yang bertanding, muka mereka memang dah dikenali. Tiada peluang bercakap bila dah ramai-ramai sebegitu sedangkan ahli politik ni senjata mereka ialah bercakap.

Lebih tidak baik bila selepas majlis pengenalan calon MT, kebanyakkan dari taiko-taiko politik ini dilihat meninggalkan dewan tanpa menunggu untuk memberi sokongan kepada calon-calon sayap diperkenalkan. Melihat suasana yang berlaku di Johor ini, tak mustahil sekiranya majlis seumpama ini diadakan di negeri-negeri lain, suasana akan lebih hambar lagi.


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI