TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Saturday, November 23, 2013

BAYO CEPATTT



Ops Cantas Trafik telah bermula. Sebanyak 215,000 waran tangkap telah dikeluarkan kepada pesalah trafik. Ops Cantas besar-besaran ini akan mengesan seberapa ramai pesalah trafik yang gagal melunaskan bayaran saman.

Gerakan mencari pesalah trafik termasuklah dengan mencari melalui sekatan jalanraya dan juga mencari di rumah. Eloklah mana-mana yang dah kumpul surat saman tu cepat-cepatlah selesaikannya ke mana-mana pejabat trafik yang berhampiran.

Jangan nanti bila dah kena tahan kat sekatan jalanraya, bila jiran-jiran dah keluar tengok kereta polis datang rumah, mula nak menyalahkan kerajaan dan polis pulak. 

Menurut Pemangku Ketua Polis Trafik Bukit Aman, Senior Asisten Komisioner Mohd Fuad Abdul Latiff, orangramai boleh menyemak saman-saman mereka dengan melayari laman webwww.myeg.com.my, www.rilek.com.my, pejabat-pejabat pos dan di mesin ATM Maybank. Selain itu mereka juga juga boleh menyemak saman mereka di beberapa pusat beli belah terpilih atau pergi terus ke mana-mana kaunter pilis trafik atau menyemaknya di mana-mana cawangan Jabatan Pengangkutan Jalan.

Bayo....jangan tak bayo. Kena tangkap nanti lagi susah!!!


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI