Ramai yang terperanjat bila DS Shahrizat menarik semula saman RM100 jutanya terhadap Rafizi Ramli dan Zuraida Kamarudin. Rupanya Shahrizat sinsing lengan tak habis!!!
Tertanya-tanya juga, kalau Shahrizat menang, RM100 juta tu bukannya sikit, tetapi agaknya bagi Shahrizat kalau dia menang RM100 juta tu serupa macam RM10 kita sahaja.
Namun begitu, kenyataan peguam Shahrizat yang dipetik dari MKini, lebih memeranjatkan. Kalaulah Shahrizat memfailkan saman tersebut hanya untuk mengelak dari kenyataan Rafizi dan Zuraidah dari mempengaruhi keputusan pilihanraya umum ke 13 yang lalu, mengapa tidak sejurus selepas pilihanraya Sharizat menarik semula saman tersebut? Mengapa mesti Shahrizat menunggu sehingga selesai pemilihan UMNO baru nak tarik?
Apakah juga ada niat agar ianya mempengaruhi keputusan pemilihan UMNO? Kalaulah saman tersebut hanya untuk menyekat suara-suara Rafizi dan Zuraidah dari mempengaruhi keputusan undian, memandangkan ianya ditarik semula selepas dari pemilihan UMNO, maka apakah patut Shahrizat didesak agar melepaskan jawatan Ketua Wanita yang dimenanginya? Ini kerana ada kemungkinan, tanpa saman tersebut Shahrizat mungkin kecundang dalam perjuangannya untuk mengekalkan kerusi Ketua Wanita tersebut. Fikir-fikirkanlah.... kerana kalau benar apa yang dipetik dari MKini tersebut, jelas saman itu hanya bertujuan untuk memesongkan persepsi pengundi, bukannya untuk menegakkan kebenaran.
1 comment:
SEBAIKNYA....! Ketua Wanita UMNO Combee tu LETAK JAWATAN dan uruskan Syarikat GUAMAN beliau......Harapkan BIBIR merah tebal....
Post a Comment