TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, November 14, 2013

YEAAA....KELANTAN BOLEH

             
Cuba korang baca berita kat atas ni yang aku ambik dari SinarHarian. Kelantan SUDAH MAMPU untuk laksanakan undang-undang hudud, maka tunggu apa lagi?

PAS berkokok bab hudud ni bukannya baru. Enakmen Jenayah Syariah II Kelantan dahpun lulus sejak 1993 lagi. Ni dah tahun 2013... isyhhh malulah dengan Brunei, tak kecoh-kecoh dan tak bising-bising, tahu-tahu laksana terus hukuman hudud.

Tapi... kalau dah laksana hudud, bila tiba pilihanraya apa benda lagi modal yang PAS nak jaja, ya tak? Selagi tak laksana selagi itulah hudud boleh dijadikan modal kempen dan modal nak menyalahkan UMNO dan BN ....emmmm!!!


1 comment:

Anonymous said...

Nak laksanakan hudud ke jadah, mesyuarat teknikal yang dari tahun 2011 pun tak pernah bersidang... pengerusinya dari jadi Timb. MB sampai la dah jadi MB kelantan ketika ini asyik sibuk je memanjang. Cuba dengar semula hansard DUN Kelantan yang bersidang sewaktu kecoh isu Husam belasah kerajaan negeri tak lama dulu, dalam tu ada terpacul keluar mengenai perjalanan mesyuarat teknikal hudud ni. Satu ape pun tak dibuat oleh kerajaan PAS Kelantan. Hanya nak dijadikan modal politik je..

ARTIKEL HANGAT BULAN INI