TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, July 21, 2014

MELAYU CUKUP BERANI DATUK SERI, TAPI....


Aku tertarik dengan satu status FB YAB Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (DSKN) ini yang menggalakkan agar orang Melayu berniaga dan menjadi usahawan.


Bila DSKN mengingatkan agar orang Melayu harus berani dan mempersiapkan diri dengan ilmu, rasanya bukan itu masalah utamanya.

Melayu cukup berani untuk berniaga dan sesetengah yang tak cukup ilmu, sanggup mencari ilmu lagi setelah berniaga. Cuma bidang yang diceburi oleh orang Melayu agak terhad.

Kebanyakkan Melayu hanya berminat dengan perniagaan kedai makan, menjadi pembekal dan kontraktor. Dari melahirkan lebih ramai peniaga dan usahawan Melayu, adalah lebih baik kita melihat dahulu masalah Melayu yang dah sedia berniaga sekarang ini.

Bagi peniaga Melayu yang berniaga di warung, pasar malam dan lain-lain yang tergolong sebagai peniaga kecil, mungkin keluhan mereka untuk meneruskan perniagaan tidak begitu ketara sangat.

Apa yang suka aku ulas disini ialah tentang pembekal dan kontraktor Melayu.

Untuk jadi pembekal dan kontraktor Melayu, berani dan ilmu sahaja tidak mencukupi. Nak jadi pembekal dan kontraktor, Melayu tak perlu berani dan ilmu, cukup sekadar kalau Melayu itu dapat duduk dalam "asnaf-asnaf" tertentu. Bila cakap "asnaf" ni, tentu ramai yang faham, korang nak kerja, kenalah duduk bawah orang tu, bawah orang ni.

"Asnaf-asnaf" tertentu inilah yang merosakkan semangat Melayu yang tulen untuk berniaga. Bukan rahsia lagi, sesetengah dari yang dapat jadi "asnaf" ini bukan kata peralatan perkerjaan, malah pejabat operasi pun tiada, tapi masih dapat tawaran perbekalan dan kontrak kerja.

Yang dapat membekal contohnya komputer, bila ditanya tentang kapasiti HD dan RAMpun tak tahu nak jawab. Yang dapat tawaran kerja kontrak, peralatan asaspun tak ada. Akibatnya jadilah Melayu ini berpuashati sebagai pemakan komisyen dan yang lebih malang lagi kerana tak berkemampuan buat kerja kerana dapat kerja sebab dapat jadi "asnaf", kerja-kerja kontrak dan perbekalan tadi dijual kepada Cina yang rata-rata tak menyokong perjuangan BN. 

Sampai bila nak kita biarkan? Yang kasihan ialah para Melayu yang tulen ingin menjadi pembekal dan kontraktor yang sanggup bermodal menyediakan tempat serta peralatan yang secukupnya tetapi kerana gagal menempatkan diri sebagai "asnaf" maka gagallah mereka dapat kerja dan perlahan-lahan kita membungkus usahawan Melayu tulen ini.

Harus diingat, jangan kerana peniaga dan usahawan Melayu tulen ini tidak menonjol dalam parti, maka kita sisihkan mereka. Ini kerana usahawan Melayu tulen inilah yang banyak menggajikan para penyokong dan pengundi kerajaan pada hari ini. Jika mereka susah dan sukar mendapat kerja kerana yang di atas sibuk nak memfaraidkan kerja kepada asnaf masing-masing, maka payah jugalah para penyokong dan pengundi kerajaan pada hari ini nak menumpang mencari rezeki dari usahawan Melayu tulen ini.

Harap DSKN dapat tengok-tengokkan perkara ini dan tapislah asnaf-asnaf yang menjual projek kepada Cina dan suku sakat DAP demi sedikit komisyen untuk diri mereka sendiri tanpa dapat membantu Melayu yang lain. Utamakan kepada mereka yang benar-benar berniaga dan bermodal yang sanggup dan sentiasa membantu Melayu lain cari makan.


10 comments:

Anonymous said...

benar lah sangat..

bukan org melayu txk boleh berniaga..
Tapi kroni2 tertentu dah berkuasa lama membuatkan melayu yang tulen susah nak Berjaya.

Sekarang kontraktor perlu bersaing dengan syarikat proksi kakitangan Kerajaan sendiri.

Anonymous said...

Melayu berani berniaga?.Mungkin juga,tapi sebilangan kecil saja itu pun kedai makan dan bidang yg berkaitan dgn kerajaan, mejoritinya mereka tak boleh berniaga.Itu sebabnya saya nasihatkan supaya Melayu wajib menjaga sebaik mungkin kerajaan yg ada agar sekurang-kurangnya Melayu boleh juga makan gaji dgn kerajaan utk mencarai rezeki.Kalau PR memerentah dalam bidang ini pun kedudukan Melayu tergugat,kecuali bagi jawatan perkeranian ke bawah,itu pun kerana orang Cina tak pandang gaji seribu dua.

Anonymous said...

Ketua2 jabatan dan pemimpin selalu cakap tak serupa bikin .. Selalu ambil projek lepas tu orang2 ni yang tukang jual projek pada cina yang pada dasarnya penyokong DAP ... Mereka2 ni lah yang membantu cina (DAP) destroy our country...

Anonymous said...

Melayu yang ada kaitan yang dapat dulu, lepas tu yang baki dan orang tak mahu baru bagi kat Melayu yang betul-betul hendak.

Anonymous said...

tak payah sakit hati dgn sape2.meniaga je terus .

Anonymous said...

yg kroni tu mmg dah rezeki dia .dia dia punya hal .kita kita punya hal .

Anonymous said...

Kerja Puak2 KEPARAT politik..

-borong tanah jual kpd orang asing

-Borong GLC lelong kpd orang asing

-Ambil IC dari China

-Jual Syer Hospotal kepada babi


Akhirny anak betina KORANG jadi PELACOR..kerana BAPAKNYA hanya mahu GADAI apa shj kpd BABI Tunggal

Anonymous said...

Kerja Puak2 KEPARAT politik..

-borong tanah jual kpd orang asing

-Borong GLC lelong kpd orang asing

-Ambil IC dari China

-Jual Syer Hospotal kepada babi


Akhirny anak betina KORANG jadi PELACOR..kerana BAPAKNYA hanya mahu GADAI apa shj kpd BABI Tunggal

Anonymous said...

kt kluang lg trok..bwh JD skang,de 2 syrkt bolot sume kje..dr kje bg smpi s/h..bygkn kje ptong rumput kuar 10 kje,dowang dpt 3 kje trus..abes yg len nk mkn pe..

SUNAWAN said...

Satu kupasan pisitif

ARTIKEL HANGAT BULAN INI