TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, July 12, 2014

RM100 BUKANNYA RM20

  
Rupanya cadangan untuk mengenakan levi kepada kenderaan warga Singapura yang memasuki Malaysia melalui Johor bukan perkara baru. Ianya telah dimajukan kepada kerajaan Persekutuan semenjak tahun 2006 lagi, namun tiada respon!

Baru-baru ini, timbul semula hasrat ingin mengenakan levi itu berikutan tindakan kerajaan Singapura menaikkan caj levi kenderaan Malaysia yang memasuki Singapura.

Tapi cuma RM20 sahaja. Apa ada dengan RM20 dengan kadar matawang Singapura pada hari ini berbanding Ringgit Malaysia? Menyedari terlalu banyak keistimewaan yang disakau oleh warga Singapura ketika berada di Malaysia ini, maka cadangan  Pergerakan Pemuda UMNO Negeri Johor (PPUNJ) agar levi RM100 dikenakan sangatlah disokong.
   
  
Dalam kenyataan media Ketua PPUNJ, En. Hahasrin Bin Hashim yang menyokong pelaksanaan levi tersebut serta mencadangkan agar nilai RM100 dikenakan, PPUNJ juga telah mendesak agar kerajaan Persekutuan mempercepatkan pelaksanaan ini dan tiada sebab dan alasan untuk penangguhan lagi.
   
   
Dengan keadaan bandar-bandar di selatan Johor yang sentiasa disesakkan dengan kenderaan Singapura terutama pada hujung minggu dan hari cuti umum, agaknya berapa banyak subsidi yang sepatutnya hanya dinikmati oleh warganegara Malaysia telah secara sengaja ataupun tidak, telah disakau oleh warga Singapura?

Dengan levi yang sedikit tinggi, diharapkan agar kutipan yang terkumpul akan dapat dimanfaatkan untuk rakyat Johor dan mungkin juga akan dapat merancakkan lagi indusri pengangkutan awam di Johor.

Tiada apa yang perlu dibimbangkan oleh kerajaan Malaysia dalam meletakkan levi yang tinggi sedikit untuk kenderaan Singapura yang memasuki Malaysia. Ianya tidak akan sedikitpun menjejaskan jumlah kemasukkan warga Singapura kerana warga Singapura di Singapura umpama dalam sangkar, pantang terlepas, pasti ke Johor tempat permainan mereka.

4 comments:

Q-ri said...

Sokong 100%. Kerajaan berani ke?

Anonymous said...

Kenakan juga terhadap kenderaan warganegara Malaysia yang menggunakan plat Singapura. Bukannya Malaysia dapat manfaat pun.

usin said...

Betul tu. Guna plate no s'pore bermakna segala yuran dan cukai dibayar di s'pore, sedangkan segala kemudahan yg digunakan adalah di M'sia. Jalanraya, bahan bakar dll semua dr duit cukai di M'sia. So, kenakan levi adalah paling adil dsn berkesan.

tobeng said...

liow tiong lai tak bagi le..rasa2 apa sebab?

ARTIKEL HANGAT BULAN INI