Salam Aidilfitri. Selamat Hari Raya, maaf zahir dan batin penulis ucapkan kepada semua pembaca blog ini.
Dalam ziarah menziarah sempena Aidilfitri ini, jagalah keselamatan ketika di jalanraya. Amalkan sifat sabar dan bertolak ansur.
Semoga dengan kunjung-mengunjung di Aidilfitri kali ini akan mengukuhkan lagi sillaturrahim.
Kepada yang kehilangan insan-insan tersayang, takziah dan semoga tabah dengan dugaan yang diberikan Allah.
Mudah-mudahan semangat Ramadhan yang telah kita lalui dengan penuh kesabaran akan kita bawa dalam kehidupan seharian kita demi kekuatan serta kemenangan agama, bangsa dan negara tercinta. Insyaallah.
No comments:
Post a Comment