TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, August 1, 2014

DAP MENYALAK DEMI EKONOMI SINGAPURA


Bas kilang mogok tak nak masuk Singapura kerana kenaikan tol CIQ? Bagus le.... suruh pengusaha bas kilang tu mintak kilang kat Singapura bayarkan tol mereka. Kalau tidak, biarkan kilang dan perusahaan mereka tak ada pekerja.

Menyedari sektor perindustrian di Singapura bakal mengalami kesan ekoran kenaikan caj tol di CIQ Johor Bahru, maka berlumba-lumba wakil rakyat DAP yang dipilih oleh rakyat Malaysia tetapi bekerja untuk warga Singapura mengeluarkan kenyataan untuk menyalahkan kerajaan kerana menaikkan caj tol tersebut.


Patutnya wakil rakyat DAP ni bukannya menyalahkan kerajaan yang menaikkan caj tol, tetapi mereka sepatutnya pergi ke Singapura dan berunding dengan pengguna perkhidmatan bas kilang ini agar bayaran sewa mereka dinaikkan dan pihak Singapura sepatutnya bukan sahaja membayar tol tetapi juga VEP di Singapura bagi pihak pengusaha bas tersebut.

Eloklah kalau tiap-tiap hari pengusaha bas ini tak mahu melalui CIQ, tetapi jangan pulak parking bas kat lorong CIQ sampai menyusahkan pengguna lain pulak. 

Kalau lama pengusaha bas kilang ni buat perangai, pasti kilang dan lain-lain perusahaan di Singapura akan tutup. Pelaburan yang berasaskan tenaga kerja yang ramai pasti takut nak melabur di Singapura dan pasti masalah ini akan diselesaikan oleh pemerintah Singapura demi kepentingan ekonomi mereka.

Maka wakil rakyat DAP, sedarlah, kamu mewakili pengundi di negeri Johor dan kebanyakan warga Malaysia yang bekerja di Singapura itu majoritinya adalah datang dari luar Johor!!! Maka siapa yang kamu wakili???


2 comments:

Anonymous said...

Tak payah UMNO hentam DAP, bab yang banyak buat bisness dgn Singapoura ialah UMNO.Itu dibelakang tabir.Hentam di depan , kawan pula didepan.

Anonymous said...

Anon 7.55pm tolong buktikan dakwaan kamu

ARTIKEL HANGAT BULAN INI