TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, August 21, 2015

APA KATA MB JOHOR DI PERSIDANGAN UMNO BAHAGIAN KOTA TINGGI

Antara intipati ucapan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Menteri Besar Johor di Persidangan UMNO Bahagian Kota Tinggi yang siadakan di Dewan Semai Bakti, Felda Lok Heng Timur. Mesyuarat dirasmikan oleh YAB Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, Timbqlqn Perdana Menteri.


1. Kami di Johor percaya bahawa jalan ke hadapan untuk UMNO dalam apa saja keadaan ialah dengan berfikir, bersikap dan bertindak dengan penuh kematangan, berlapang dada dan berhikmah.

2. Kita memerlukan kematangan berpolitik yang luar biasa. Yang mencerahkan. Kita memerlukan kematangan berfikir dan bertindak yang memaparkan sosok sebenar kita sebagai parti paling berpengaruh dan paling berjaya dan mempunyai pemikiran termaju. Kematangan dan pemikiran yang sesuai dan selaras dengan kematangan demokrasi Malaysia. 

3. Maka kerana itu, dalam kita menghadapi pelbagai isu seperti isu 1MDB, FELDA, peningkatan kos sara hidup dan pelbagai lagi, pertimbangan kita harus jelas dan matang.

4. Harus menjangkaui sentimen politik kepartian. Tidak emosional. Tidak dangkal dan tidak anti-akal.

5. Pertimbangan kita haruslah tidak sesekali merosakkan sistem yang ada. Sama ada sistem dalam parti, sistem kerajaan dan amalan bernegara yang secara umumnya telah lama kita bina.

6. Kerana kita mesti ingat, sesungguhnya kerja membina masih banyak dan masih jauh. 

7. Hari ini kita maklum. UMNO sedang berhadapan dengan pelbagai ujian dan cabaran. Yang lama dan yang baharu. Yang dijangka dan yang tidak dijangka. 

8. Dan bila UMNO Johor menganjurkan bahawa semua ujian dan cabaran ini mesti ditanggani dengan kematangan, apa maksud kami? Sebenarnya, kami menganjurkan bahawa kita mesti berlapang dada dan meraikan perbezaan pandangan.

9. Kita mesti menghargai keupayaan untuk menangani segala masalah kita dan negara ini dengan mengumpul segala pemikiran terbaik. Bukan hanya oleh satu pihak. Bukan hanya dengan satu cara. Bukan hanya melalui satu jalan.

10. Kita sebagai sebuah institusi siasah Melayu, mesti terbuka dengan pelbagai pemikiran, pelbagai idea dan pelbagai pendekatan. 

Agar kesimpulan dan penyelesaian yang kita pilih dan ambil akan menguntungkan bangsa, dan tidak merugikan sesiapa.

11. Sebab bagi UMNO Johor, kami sentiasa yakin bahawa pemimpin yang baik adalah yang meraikan kerencaman idea dan pendapat. Yang tidak mendirikan pagar feudal dan heirarki dalam lapangan idea dan pemikiran.

12. Sebaliknya, pemimpin yang menyediakan segala landasan yang luwes, bebas dan terbuka.

13. Saya percaya, perkara ini lebih menggambarkan secara benar dan jujur budaya UMNO. Budaya keterbukaan dan kesediaan meraikan perbezaan.

14. Lebih-lebih lagi, kalau kita imbas sejarah. Asas UMNO itu adalah memperjuangkan kebebasan bangsa dan kemerdekaan negara. Dan kita percaya kebebasan dan kemerdekaan itu turut mencakupi keupayaan untuk menjadi bangsa merdeka yang tidak anti akal, tidak anti kebebasan bersuara.

15. Menyogok-nyogok itu bukan budaya UMNO. Mengiya-iyakan secara membuta tuli itu bukan budaya UMNO. Menganggung-angguk dan menggeleng-geleng tanpa prinsip itu juga bukan budaya UMNO.

16. Kalau itu budaya UMNO, mana mungkin kita merdeka. Kalau itu budaya UMNO, mana mungkin Malaysia mampu keluar daripada pelbagai krisis tanpa perlu mengikut telunjuk orang luar. Kalau itu budaya UMNO, mana mungkin kita bisa terus maju dengan cara kita sendiri.

17. Ahli UMNO mesti membebaskan diri daripada sogokan pandangan yang menjadikan kita budak-budak. Yang diajar untuk hanya menerima dan tidak mempersoalkan salah betulnya sesuatu perkara.

18. Pada saya, sogokan dan paksaan menerima pandangan dan maklumat secara bulat-bulat ini adalah satu bentuk diktator minda dan tirani dalam amalan berfikir. 

19. Ia tidak akan menjadikan kita matang, sekadar pak turut fikiran orang sejak kecil. Kita akan jadi hamba akal orang lain. Akal kita akan hanya sekadar hiasan.

20. Perubahan politik yang progresif dan kematangan demokrasi tidak boleh muncul jika UMNO tidak mempunyai ciri, amalan dan budaya ini.

21. Yakni, ciri, budaya dan amalan membuka seluasnya ruang untuk pencerahan, ruang untuk menghargai pandangan berbeza, ruang untuk belajar dari yang terbaik. Ruang untuk bersedia menegur dan ditegur.

22. Hanya jika UMNO bersedia untuk melakukan anjakan begini, maka UMNO melalui apa yang saya panggil ‘Dekad Pencerahan’. 

23. Dekad yang bukan sekadar memberikan dinamisme baharu kepada UMNO. Tetapi yang lebih penting membina kembali wibawa UMNO sebagai parti politik yang progresif dan mendukung pemikiran Islam berkemajuan. 

24. Saya hanya ada satu alasan bagi segala perkara yang saya ucapkan hari ini. Tentang mengapa kita harus menjadi parti yang bukan tajam lidahnya, tapi akalnya. Yang bukan panjang tangannya, tapi akalnya. Yang bukan padu dan lantang soraknya, tetapi hujahnya.

25. Kerana saya percaya, kekuatan bangsa dan negara kita bukan pada hasil mahsul negara. Lama-kelamaan semua itu akan habis. Bukan pada menara berkembar yang tinggi atau jambatan yang terpanjang. Itu semua hanyalah mercu zahiriah.

26. Tapi kekuatan sebenar parti dan bangsa kita adalah pada akal budi dan pemikiran kita, selaku bangsa yang merdeka. Yang merdeka pada zahirnya, pada jiwanya, pada akalnya.

27. Dan UMNO inilah, medan terbaik kita mencapai semua itu.

6 comments:

Gabenor johor said...

rakyat johor kena juga berfikir kenapa tarif air johor naik semasa air kena catu

Anak felda said...

Should b a lesson well learnt by TPM ZAHID.
Thinking power adalah penting untuk maju kehadapan...... Bukan sokong membabi buta.
Yang betul mesti di sokong, yang salah mesti di tolak..... Selaras dengan ajaran ugama kita !
Be anaytical......

azarrinvc said...

Setuju dgn anak felda..tapi semua akan tunduk angguk sebab money is king

azarrinvc said...

Setuju dgn anak felda..tapi semua akan tunduk angguk sebab money is king

azarrinvc said...

Setuju dgn anak felda..tapi semua akan tunduk angguk sebab money is king

Anonymous said...

Akhir kini, manusia telah ditunjukkan segala macam kebenaran, Anwar si pecinta zina dan liwat telah ditunjukkan bukti nyata segala imej rakaman yg 99.9 % tulen. Pas yang konon Islam lalu mengkafir orang lain akhirnya orang Partinya yg berjawatan besar sendiri kata keluar Pas bukan keluar agama Islam lalu membuktikan segala macam dakyah mengkafir itu sebenarnya kelakuan orang yang sesat. Hari ini manusia menegakkan benang basah dengan mengatakan penentangan ke atas kezaliman dan kejahatan seorang perdana Menteri DS Najib adalah satu penentangan ke atas kerajaan dan bangsa Melayu. Yang dikehendaki untuk berundur secara aman ialah DS Najib yang korup bukannya melibatakan kerajaan UMNO/BN mahupun Negara Malaysia.. Pandai betul penjilat Najib untuk mengalih isu, isu peribadi jadi isu Negara...Zahid Hamidi pun semacam bodoh ikut rentak songsang si Najib. Kalau kita perhati betul2 corak dan gaya berpolitik si Najib sama jee ngan Nuar Jubo... Lu soal I Buang, LU ulang I Saman.... hee.. heee.. rasa2 2 orang nie memang satu DNA busuk lah.. itu yang Zahid Midi boleh ngam tu..

ARTIKEL HANGAT BULAN INI