TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

IKUTI TiS DI FB

Sunday, August 30, 2015

STREET ART WARNAI JOHOR BAHARU


Beberapa bangunan di Bandaraya Johor Baharu kini diwarnai dengan seni mural yang menceriakan.

Malahan, YAB MB Johor, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin menyambut baik inisiatif ini dan mengucapkan terima kasih kepada pihak terlibat termasuk Petronas, Majlis Bandaraya Johor Baharu (MBJB) serta pelukis anak Johor yang memberikan kelainan dan tarikan kepada Bandaraya Johor Baharu dan mengalukan-alukan lebih ramai pihak untuk melakukan insiatif sama dengan tema bersesuaian di bandaraya ini.


Aspek penting 'street art' yang dihasilkan ini bersandarkan kepada soal tanah air, dan sudah tentulah ia menjadi ruang bagi orang muda menunjukkan ekspresi melalui kreativiti mereka. Ia juga dapat menyemai rasa cintakan tanah air dalam kalangan generasi muda. Selain memaparkan elemen patriotik, lukisan bercirikan Bangsa Johor dan Muafakat Johor yang bertujuan menyampaikan mesej kepada pengunjung untuk menghayati kepentingan dan perpaduan bangsa Johor .

Lima lukisan itu termasuk yang diabadikan pada dinding bangunan warisan bernilai tinggi di sekitar Jalan Trus, Jalan Dhoby, Jalan Ibrahim dan Jalan Segget menerusi projek #tanahairku, sebuah sajak Usman Awang anak kelahiran Johor


2 comments:

gabenor johor said...

penang dh buat lama dahhh

Herr Schranken said...

Xpalah depa dah buat, bukannya kite berlumba lari.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI