TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, August 8, 2015

UCAPAN PERASMIAN MB JOHOR DI PERSIDANGAN UMNO BAHAGIAN SEMBERONG 2015


UCAPAN YAB DATO' MOHAMED KHALED NORDIN 
MENTERI BESAR JOHOR
PENGERUSI BADAN PERHUBUNGAN UMNO JOHOR


1. Kita berhimpun ketika UMNO berada dalam kedudukan yang tidak begitu baik. UMNO berada dalam kedudukan yang wibawanya sebagai sebuah pemerintahan semakin dipersoalkan.kita harus mencari pencerahan. Kita harus mengukuhkan semula keyakinan terhadap UMNO agar ia boleh berkelansungan.Dan di medan seperti inilah seharusnya perjalanan hari muka parti, dibahaskan dengan tulus dan benar.

UMNO HARUS MENJADI PARTI MODEN

2. Pertama, apa jua kemelut, apa jua masalah yang mendepani parti, janganlah sekali-kali kita lupa bahawa perjuangan UMNO itu lebih besar. Lebih penting.UMNO sinonim sebagai parti pembela bangsa. Parti yang memperjuangkan kepentingan orang Melayu. Parti yang memayungi bangsa dan agama. 

3. Benar kita tersentak dengan semua ini. Benar kita berdukacita. Tetapi perjuangan kita untuk orang Melayu dan membina negara, menuntut kita mengenepikan segala gundah gulana ini. Jangan sesekali kita lupa bahawa seumur masa, UMNO telah memberikan amal dan bakti yang sangat luar biasa pada orang Melayu dan Islam. Selama 6 dekad, UMNO berjaya menggalas tanggungjawab dan amanah ini dengan baik.UMNO telah menjadi institusi politik yang ‘sosphiticated’ dan dianggotai oleh putera-puteri terbaik bangsa.

4. Ramai yang tidak melihat UMNO sebagi sebuah perjuangan. Ramai yang melihat UMNO sebagai medan untuk mengumpul kuasa dan pengaruh. Malah ramai ahli yang langsung tidak tahu, ideologi apa sebenarnya UMNO ini. UMNO harus dikembalikan kepada landasan perjuangan nya. Iaitu melakukan kebaikan untuk bangsa dan agama.

5. Cabaran paling besar ialah bagaimana ideologi UMNO itu boleh terus relevan dengan tuntuzan zaman yang deras berubah.Kerana itulah, saya ingin menyeru semua ahli UMNO untuk mendukung usaha UMNO Johor menjadikan parti ini, sebuah institusi siasah Melayu yang moden dan berkemajuan.Sebabnya mudah. Kerana ia adalah tuntutan zaman.Kita hidup, memerintah dan berkuasa di zaman yang bukan lagi zaman kita. Ini adalah zaman generasi muda Malaysia. 

6. Kemahuan anak muda dalam hidup dan cara mereka melihat politik dan masa depan juga sangat berbeza. Mereka tidak lagi boleh dimomokkan dengan retorik nilai kemerdekaan dan tanggungjawab mengisinya. Tetapi ini tidak bermakna mereka tidak memahami perjuangan orang Melayu. Tidak bermakna mereka tidak cintakan bangsa Melayu. Dan pastinya tidak bermakna mereka tidak menyokong dan tidak mahu meneruskan legasi orang Melayu. Cuma, mereka hari ini melihat diri mereka sebagai pemain global yang mempunyai misi yang lebih besar. Mereka percaya mereka ada tanggungjawab dalam segala perkara. Dalam memastikan pembangunan ekonomi negara adalah setanding negara maju. Malah mereka percaya ia menjadi tugas mereka untuk melihat Malaysia menjadi watak utama di peringkat antarabangsa dalam pelbagai isu kemanusiaan.Berdiam diri dan meminggirkan mereka sama sekali bukan pilihan kita. Mendiamkan mereka dan menyekat kreativiti mereka, adalah jalan kehancuran untuk UMNO.

FOKUS KINI PADA PENYATUPADUAN DAN MASA DEPAN

7. Kami sedar, kesemua agenda ini hanya akan menjadi realiti jika kerajaan kita stabil, jika parti kita kuat, jika kita diyakini.Malangnya, pada waktu ini, pada ketika ini, kita harus berlaku benar. Mengakui bahawa parti, pada detik ini tidak berada dalam kedudukan yang sebaiknya. UMNO memerlukan harapan baru. UMNO perlu menyelesaikan segala kemelutnya segera. Kita tidak boleh lagi menunggu lama. Semakin kita biarkan semakin membarah segala masalah tersebut dalam UMNO.

8. Tiada pelan B untuk UMNO kecuali kembali bersatu semua hati-hati kita untuk mempertingkatkan segala usaha dan ikhtiar, untuk mendesak kepimpinan parti memyatakan dengan jelas jalan kehadapan untuk UMNO. Ini bukan persoalan enteng. Ini adalah tentang kelangsungan perjuangan Melayu dan Islam. 

KEWIBAWAAN KEPIMPINAN NAIB PRESIDEN

9. Datuk Hisham, Saudara adalah masa depan UMNO. Orang seperti tuanlah yang suatu hari nanti akan memimpin parti, bangsa dan negara ini. Saya percaya yang saya sedang melihat calon dan sosok terbaik untuk menerajui kepimpinan tertinggi negara suatu waktu nanti, mengembalikan keyakinan kepada parti dan membawa perubahan, meneruskan legasi dan asas perjuangan UMNO yang murni dan besar. calon yang telah melalui setiap peringkat dan metamorforsis pemimpin UMNO.Yang pernah berada di bawah dan memahami akar umbi. Datuk Seri bukan pemimpin yang terjun dari atas dan terus memegang jawatan tinggi. Bukan pemimpin yang datang tanpa pernah memahami keluh kesah akar umbi. Lahir dr keluarga yang sangat berjaya pada bangsa. berikanlah kepimpinan dikala bangsa dan negara sangat dahagakan pencerahan. Runtuhnya UMNO dimana tempat orang Melayu berpaut. saya dan seluruh UMNO Johor akan terus menyokong serta mendoakan agar YB Datuk Seri, akan terus melakukan perkara yang benar untuk UMNO, untuk bangsa dan untuk ibu pertiwi. 

Lakukan apa jua ikhtiar untuk mengembalikan hari hari indah UMNO. Lakukanlah apa jua usaha agar UMNO terus semarak mekar dan indah, tersemat di jiwa setiap seorang bangsa Melayu. Kami sangat merindui UMNO sewaktu masa gemilangnya dulu. Masa bila kita sangat kukuh, sangat berbakti dan sangat dihormati. 

Jika bukan tuan, satria mana lagi yang akan kami harapkan? Bila lagi, jika bukan sekarang? Johor sudah lama melahirkan UMNO, parti keramat ini. Johor juga sudah melahirkan begitu ramai tokoh pendiri bangsa. Dan kami yakin, Johor tidak pernah akan ketandusan melahirkan pemimpin terbaik bangsa jua.

dari semberong ke putrajaya
menggalas amanah bangsa tersohor
parti disanjung perjuangan dibela
mengangkat darjat UMNO johor

tenang tenang sungai sembrong
jangan diduga air nan tohor
manalah melayu nak berpayung
jika UMNO jatuh tersungkur

2 comments:

Anonymous said...

Dengan kata lain....

Najib dah tak ada sokongan UMNO Johor !

Najib berundurlah dengan terhormat sebelum orang lain cantas kamu sebagaimana kamu buat pada orang lain.

Kami tak perlukkanmu Najib.

reborn said...

Ucapan president umno yang memegang jawatan perdana menteri malaysia telah mencerminkan kewibawaan nya yang sebenar. Dari pengunaan sunsunan kata2 yang disampaikan seolah2 telah cuba meraih simpati dari setiap perwakilan agar mempertahankan dirinya sebagai president umno dan perdana menteri Malaysia dan menhalalkan segala tindakan beliau yang telah dilakukan atas desakkan ahli2 umno dengan istilah lain ahli2 umno lah yang perlu dipersalahkan sejak zaman pentakbiran yang berhormat tun mahatir, beliau hanya menyambong legasi umno. Hari ini semua lapisan rakyaat harus meneliti dengan berkhidmah tanpa prejudis akan kebenaran yang telah terserlah dari mulut orang yang sedang dipertikaikan kewibawaan nya untok menerajui memimpin negara dan memikul tanggong jawap yang telah diamanahkan olih rakyaat dan diperkenankan duli yang maha yang dipertuan agong dengan melasfaskan sumpah taat setia jujur ikhlas dan beramanah melaksanakan tanggong jawap mendukung kesucian agama dan kedualatan pelembagaan system beraja agar hak semua pihak terpelihara demi kesejahteraan,kemakmuran dan kestabilan negara. Parti keramat umno sudah hampir kehilangan kewibawaan dan tindak tanduk pucuk pimpinan yang disanjung telah gagal dalam menjaga imej parti, ahli2 umno dipersalahkan dan di malukan "kalau day terima suit jangan diam" subahanallah. Saya amat terkesan dengan ucapan yang menjatuhkan mertabat umno yang keseluruhan nya kaum melayubyang beragama Islam. Marilah bersama2 kita membantu ahli parti keramat umno menyelamatkan umno. Dengan berdoa kepada allah mudaha2 ahli2 dapat menyinkirkan virus yang telah mecemarkan imej umno. Bersama menegakan kebenaran atas cinta kan allah tanpa menharapkan apa2 balasan. Demi keutuhan agama bangsa dan maruah negara.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI