TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, April 15, 2018

DUN GAMBIR - MUHYIDDIN LAWAN BN ATAU MIC?

Tan Sri Muhyiddin Yassin dikhabarkan akan bertanding di DUN Gambir dalam Parlimen Ledang Johor.


Kenapa DUN Gambir yang Muhyiddin pilih? Bukannya lain-lain DUN terutamanya yang terdapat di Parlimen Pagoh yang pernah beliau wakili? Apakah ini menunjukkan bahawa Muhyiddin sebenarnya bukannya berjasa sangat di Pagoh hingga terpaksa ke Gambir untuk bertanding?

Sebenarnya Muhyiddin ingin cuba untuk menang mudah. Mungkin Muhyiddin menggunakan segala apa yang diketahuinya sewaktu dalam BN dahulu dan setelah dinilai, beliau berpendapat bahawa DUN Gambir mampu memberikannya satu kerusi DUN.

Seawal menghadapi PRU 13 lagi, Muhyiddin sudah menghidu penolakan pengundi di DUN Gambir terhadap calun dari MIC. Namun untuk menjaga keharmonian antara MIC dan BN, maka kerusi DUN Gambir masih dipertaruhkan kepada MIC dan akibatnya, calun MIC hanya menang dengan majoriti yang terlalu tipis dan ramai yang berpendapat sekiranya bekas AJK UMNO Ledang, Sdr Mohd Zan Abu tidak menawarkan diri sebagai calun Bebas, pastinya undi untuk Sdr Mohd Zan akan pergi kepada calun PAS dan sekaligus menyaksikan BN dan MIC kalah di kerusi DUN Gambir.
Keputusan pengundian DUN Gambir PRU 13

Melihat kepada keputusan pengundian PRU 13, dengan berlakunya perpecahan dalam PAS dan pembentukan PAN, pastinya Muhyiddin tidak gentar untuk bertanding 3 penjuru sekiranya BN masih lagi diwakili oleh calun MIC.

Dengan itu, timbul persoalan....apakah Muhyiddin bertanding untuk melawan Barisan Nasional atau untuk melawan MIC? Kalau untuk melawan Barisan Nasional, rasanya Muhyiddin tak perlu untuk meninggalkan Pagoh.

....dan juga, apakah Barisan Nasional masih sanggup untuk memperjudikan kerusi DUN Gambir dengan meletakkan calun dari MIC? Juga sekiranya ingin diletakkan calun UMNO, siapakah yang cukup kuat dan berpengaruh untuk berhadapan dengan Tan Sri Muhyiddin dan sekaligus memujuk rajuk pengundi Melayu dan BN di Gambir yang sekian lamanya mendambakan seorang calun Melayu?

5 comments:

Anonymous said...

Hah!!!?? nak jadi MB ke? sebelum bukan ke bakal calon PM. pastu calon menteri pendidikan...skrg terus turun jadi MB je? Sultan Johor berkenan dgn midin ni lagi ke?

Anonymous said...

kesian matdin dtipu madeykutty

Anonymous said...

Sultan Johor akan reject nama Mamat ni calon MB. Barang diingat di Johor kena mendapat perkenan Sultan Johor calon MB dan ianya terpakai untuk calon MB dari BN juga. Jangan nak buat sesuka hati.

Anonymous said...

Dulu mamat ni selangkah saja lagi nak jadi PM, kerana tamak, tak sabar dan gelojoh kini hilang segala2nya.... kesian!

Anonymous said...

kesihan budin Pagoh di kencing hidop2 oleh moyang 93th..dari tpm jatoh ke bunga parti haram!!! langsong tiada calon pm bila bersama dgn dapig..last2 utk dun belum tentu lepas!!! budin2 kau tu sial badan sebab selalu menderhaka kpd Bangsa Johor!!!

ARTIKEL HANGAT BULAN INI