TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, May 16, 2011

KESIAN CIKGU....

Ni nak cerita sikit pasal jaguh kampong....kononnya pemimpin masyarakat. So, semalam, Sekolah Agama Bukit Besar ade le mengadakan Majlis Konvokesyen untuk pelajar yang dah berjaya mendapat Sijil Darjah Khas Agama Kerajaan Johor. Jadi dari pagi Sabtu tu, bertungkus lumus le cikgu-cikgu ni buat persiapan sampai ke malam. Yang masak, memasak le, yang hias dewan, hias dewan le, yang pasang P.A sibuk le menguji alat siarayanye....test..test 1, 2, 3...sampai sekampung dengo...tapi tak de sorangpun yang singgah bertanya...Cikgu nak buat majlis apa? Padahal masa lalulalang tu nampak kesibukan kat sekolah tu.

Majlis ni pun kira macam majlis tertutup juge le, cuma melibatkan guru, murid dan ibubapa murid yang menerima sijil aje. Jadi Guru Besar cuma maklumkan dan jemput Ketua Kampung dan Pak Imam aje. Yang datang menyempurnakan majlis ialah Y.B. Datuk Halimah Sadique, ahli Parlimen Tenggara. 

So, jaguh kampong ni bila gi ngeteh dapat tau aje yang datang kat sekolah tu Tok Limah, apa lagi berang le kat Guru Besar. Mula le sibuk komplen ngape tak beritahu YB yang datang, ngape tak pakai RELA, ngapa tak pakai itu, ngapa tak pakai ni, kenapa tak maklum orang tu dan orang ni. Bukan aje yang muda, yang tua pun sibuk marah.

Alahai tuan/puan yang mengaku pemimpin kampong, janganle bila YB datang aje nak tunjuk muka buat tu, buat ini. Masa cikgu-cikgu tu sibuk buat persiapan tak de pun yang bertanya, jangan le kerana Tok Limah yang datang dan kamu tak dapat nak tayang muka buat-buat rajin, kamu nak marahkan orang. Pemimpin kena berkhidmat setiap masa, tanya masalah anak buah setiap masa, bukan depan YB aje nak tunjuk jaguh.

Camne pun, tahniah le pada Tok Limah yang berpeluh-peluh menyempurnakan penyampaian sijil tu kerana Sekolah Agama Bukit Besar tu kekurangan kipas. Cikgu-cikgu segan, tak kan le kipaspun nak mintak kat YB....so camne jaguh kampung??? Kesian cikgu... Selamat Hari Guru Cikgu.

No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI