TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, May 30, 2011

MUHYIDIN KENA TENGOK NI

Cuti sekolah dah pun bermula. Peperiksaan 1/2 tahun pun tamatlah juga. Bila anak-anak dah ada banyak masa berkumpul kat rumah ni, mulalah bercerita pasal exam dia orang. Sedih aku dengo cerita anak-anak. Ada subjek-subjek tertentu yang kekadang satu kelas pakai hentam aje. Tak boleh nak jawab. Aku tanya kenapa?... kata anak-anak banyak benda yang tak faham, pasal awal tahun cikgu banyak yang tak masuk kelas sebab sibuk dengan sukan dan lain-lain aktiviti luar. 
Aku tanya lagi kat anak-anak....abis cikgu tak ngajo le. Anak jawab, cikgu cuma bagi tugasan, tapi kalau benda tugasan tu, cikgu lum ajar, macam mana nak faham. Nak discuss dengan kawan-kawan, dia orangpun serupa juga tak faham.
Mungkin ni yang hendak Muhyidin kejo sangat tu agaknye. Terlalu sibuk dengan sukan, akhirnye subjek dalam kelas tertinggal. Mungkin Muhyidin takut kot, nanti terlalu ramai rakyat Malaysia yang dapat full A, susah pulak kerajaan nak sediakan peluang pekerjaan. Bebudak nipun kalau dah bijak dah ada ijazah, mana nak buat kerja-kerja kolar biru...so, kalau ramai sangat yang bijak susah juga kan...kan.
Kalau aktif sukan, nanti badan sihat, tenaga kuat, tak pandai sangatpun tak apa, pasal kerja-kerja biasa ni melambak-lambak ada sampai kena impot tenaga buruh luar untuk penuhi.
Kalau iapun, nakkan rakyat sihat, jangan le sampai kita dapat rakyat sihat yang tak bijak. Berpada-pada le dengan bersukan tu. Tentukan masa yang sesuai dan guru-guru tu kena pastikan jangan sampai tertinggal kelas yang mana tugas mengajar tu hakiki. Cikgu-cikgu kan pandai, jangan le ikut keterlalu bijak siMuhyiddin ni. Bebudak ni memang suka kalau cikgu tak masuk kelas, tapi bila dia orang gagal, cikgu juga yang dia orang salahkan. Dia orang tak salahkan Muhyidin. Esok lusa dia lupa Muhyidin, tapi dengan cikgu dia, bebudak ni akan ingat sampai ke mati. Jadi kepada cikgu-cikgu, buatlah penilaian sendiri. Gunakan kesatuan yang ada kalau takut nak bersuara sendiri.
Satu murid satu sukan ni yang paling banyak untungnya bukan le murid, juga bukan cikgu. Tapi yang paling banyak untungnya ialah juak-juak Muhyidin yang sibuk menyiapkan prasarana sukan disetiap sekolah yang kosnya tentu bukannya sedikit.
Kita hantar anak ke sekolah untuk cemerlang dalam pelajaran, bulan cemerlang dalam sukan. Kalau anak-anak cemerlang dalam pelajaran, banyak bidang yang boleh mereka pergi, tetapi kalau cemerlang dalam sukan, hanya sukan tersebut sahaja yang mereka boleh pergi dan dalam sukan hanya yang paling cemerlang sahaja yang akan berjaya.
Patutnya, jangan ganggu waktu anak-anak belajar dengan sukan. Adalah lebih baik hal ni diserahkan kepada kementerian Belia dan Sukan. Buat padang awam banyak-banyak, sediakan peralatan sukan secukupnya serta pegawai sukan di setiap DUN atau kampung. Kalau dah ada prasarana yang cukup, ramai yang datang bersukan nanti.
Aku risau juga dengan trend sekolah sekarang ni. Ia le, aku sekolahkan anak supaya cemerlang dan nanti senang dia orang nak cari kerja. Kalau dapat kerja baik, hiduppun baik le juga...tak le nanti perangai anak-anak yang macam orang main bola tu, asyik nak berebut benda yang sebiji aje, bila tak puas hati gaduh!!!  Muhyidin ok juga, dia ada duit, boleh sponsor anak dia jadi penyanyi.

No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI