TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, June 19, 2011

BEKU AKAUN DAN ASET PENGANJUR BERSIH

Kenyataan Akhbar: 16 Jun 2011
BERSIH 2.0: Fokus Pada Tuntutan Perhimpunan BERSIH 2.0
Tuntutan-tuntutan Perhimpunan BERSIH 2.0 mempromosikan demokrasi yang telus dan dinamik. Semua warganegara Malaysia termasuk ahli politik yang  berpendirian bahawa rakyat Malaysia mempunyai hak untuk menikmati demokrasi yang telus dan dinamik sepatutnya menyokong dan bukan mengecam tuntutan-tuntutan tersebut.
Bukan PERKASA, tetapi KDN yang sepatutnya garang.

Cukup saya mengambil  perenggan teratas sahaja dari kenyataan akhbar bersih ini yang saya rasa sudah cukup untuk menunjukkan mengapa perlu saya menentang perarakan dan perhimpunan BERSIH 2.0 nanti.

Rakyat Malaysia sememangnya diberikan hak dengan bebas untuk bersuara dan menuntut apa yang dirasakan hak mereka. Tetapi dalam anda menuntut hak anda, pernahkah anda memikirkan hak orang lain? Orang lain mempunyai hak untuk tidak merasa terganggu, merasa takut dan merasa terancam dengan perhimpunan yang bakal dijalankan kelak. Ini kerana kumpulan BERSIH yang pro pembangkang ini telah mempunyai rekod-rekod lampau sebagai segolongan manusia yang singkat akal dan senteng pemikiran.

Rekod lampau telah menunjukkan pasti akan ada kerosakan dan kemusnahan serta gangguan terhadap keharmonian serta ketenteraman awam apabila golongan ini berhimpun. Anda perlu menghormati hak orang lain sebelum hak anda dihormati.

Apakah cagaran yang boleh kumpulan BERSIH 2.0 berikan kepada mereka-mereka yang mencari rezeki dan mempunyai harta yang terletak dalam jajaran perhimpunan mereka nanti? Cukupkah dengan jaminan dari pemimpin-pemimpin BERSIH 2.0 yang mempunyai lima enam cabang lidah bahawa perhimpunan itu nanti akan berakhir dengan aman. Sekiranya berlaku kerosakan siapakah yang akan dipertanggungjawabkan?

Di sini, suka dicadangkan kepada kerajaan, demi untuk memastikan bahawa yang terlibat mempunyai tanggungjawab dan membayar apa-apa juga kerugian yang terjadi akibat perhimpunan tersebut, maka setelah dikenalpasti, individu, persatuan dan juga parti politik yang terlibat, kerajaan hendaklah membekukan segala bentuk akaun dan harta mereka. Hanya setelah ditaksir dan kerugian kepada awam dan harta kerajaan dibayar, baharulah akaun dan harta mereka sekiranya ada lebihan, dikembalikan.

Dalam hal ini, sekiranya kerajaan tidak bertegas, siapakah lagi yang mampu menjaga kepentingan rakyat yang sememangnya tidak suka mengganggu dan diganggu keamanan dan keharmonian mereka dalam menjalankan kehidupan seharian. Kehendak segelintir penyangak yang tidak pernah faham akan kehendak ramai dan tidak pernah menghormati majoriti dek kerana kebodohan mereka berbahasa Melayu atau sememangnya lidah mereka dari jenis yang berbelit untuk menyebut kalimah Melayu perlulah ditangani dengan keras dan tegas dari kerajaan.

2 comments:

IBM said...

Salam. Dari pandangan bodoh saya, sepatutnya KDN mesti tegas di dlm hal ini. Jangan beri ruang kepada si perosak masyarakat. Tangkap ketua-ketuanya, dan saya bersetuju aset2 mereka di bekukan dan gelaran yg mereka dapat di tarik balik.

enalrahim said...

W. Salam.
Hisham masa gi kerja, dia tinggalkan keris dia kat dalam peti ais.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI