TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, June 28, 2011

BERSIHKAN HATI SEMPENA ISRA' DAN MIKRAJ

Jangan tersalah kiblat.
Malam ini ialah malam 27 Rejab. Sejarah Islam menyatakan bahawa peristiwa Isra’ dan Mikraj Rasulullah telah berlaku pada malam 27 Rejab tahun ke 11 setelah Nabi Muhammad S.A.W. dilantik menjadi Rasul.

Sempena malam yang baik ini, kepada semua umat Islam, alangkah baiknya kita sama-sama merenung kembali peristiwa-peristiwa yang terjadi ketika itu. Kita ambil satu sahaja peristiwa iaitu peristiwa ketika Rasulullah tiba di Masjid Al-Aqsa.

Setibanya di masjid Al-Aqsa, Rasulullah turun dari Buraq. Kemudian masuk ke dalam masjid dan mengimamkan sembahyang dua rakaat dengan segala anbia` dan mursalin menjadi makmum.

Rasulullah S. A. W. terasa dahaga, lalu dibawa Jibrail dua bejana yang berisi arak dan susu. Rasulullah memilih susu lalu diminumnya. Kata Jibrail: Baginda membuat pilhan yang betul. Jika arak itu dipilih, nescaya ramai umat baginda akan menjadi sesat. 

Peristiwa di atas jelas menunjukkan keputusan yang dibuat oleh seseorang ketua akan membawa akibat kepada pengikutnya. Dalam hal ini Rasulullah telah membuat satu keputusan yang mana baginda memilih susu dan bukannya arak dan dalam hal ini Jibrail telah berkata bahawa sekiranya Rasulullah memilih arak, nescaya akan ramai umat baginda yang akan sesat.

Kepada para pemimpin Islam khasnya pemimpin Islam Melayu Malaysia, ambillah iktibar dari peristiwa Isra’ dan Mikraj Rasulullah itu. Buatlah keputusan yang betul, bukan bersandarkan kepada nafsu. Buatlah keputusan yang bijak demi pengikut, demi umat Islam, demi umat Melayu. Janganlah membuat keputusan hanya kerana inginkan kuasa, hanya kerana inginkan kekayaan atau hanya kerana dendam sesama sendiri.

Tersalah membuat keputusan, tersalah membuat sokongan, akibatnya tersangatlah berat kepada kesinambungan pemerintahan Melayu Islam di Tanah Melayu ini. Mengapa mudah terpedaya dengan janji-janji mulok bukan Islam? Mengapa begitu mudah bersekongkol dengan bukan Islam? Mengapa begitu mudah mencapai kesepakatan dalam perbincangan dengan bukan Islam? Bukankah telah jelas bahawa kafir musyrik penuh dengan tipu helah. Janganlah tertipu.

Bersempena hari yang baik ini, bersama-samalah kita membersihkan hati, bersatu sesama Islam, bersatu sesama Melayu, tolak segala janji manis musuh Islam. Jauhkan dari persyarikatan dengan mereka yang telah jelas-jelas memusuhi Islam, yang telah jelas menghina Islam.

Ayuh, kita BERSIHkan hati kita. Sentiasa berbaik sangka sesama Islam. Sekiranya kita menghayati peristiwa Isra’ dan Mikraj ini, kita tidak perlu berarak di jalanraya untuk BERSIH. Bersama-sama kita mencari keberkatanNya. Insyaallah.

Firman Allah S. W. T. yang mafhumnya : “Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hamba-Nya pada suatu malam dari Al-Masjidil Haram ke Al-Masjidil Aqsa yang telah kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.” (Surah Al-Israa’: Ayat 1).

P/s
Sekiranya saya silap, harap perbetulkan.

1 comment:

Unknown said...

Salam bro. Peristiwa yg harus kita sematkan ke dalam jiwa kita. Ambil iktibar dari peristiwa Isra' dan Mikraj bagi mencuci jiwa kita....insyallah...

Nice posting bro..keep it up...!

ARTIKEL HANGAT BULAN INI