Semalam ramai yang telah melihat gerhana bulan. Sungguh menakjubkan kekuasaan Tuhan. Apa yang jelas, dari mula permukaan bulan tercoreng dengan tompok kehitaman, sehinggalah cerah semula, rasanya tiada siapa yang bersorak atau bertepuk riang. Ramai yang ternganga melangut ke langit. Namun tak semua berkesempatan melihat fenomena alam ini dengan sepenuhnya kerana adalah menjadi kebiasaan, ketika gerhana akan berlaku ribut dan hujan.
Begitulah juga dengan PAS. Ramai pengikut dan pendokong setia PAS kini terdiam. Terdiam kerana PAS kini gerhana angkara pemimpinnya yang dahulunya dipuja-puja, rupanya hanya memakai topeng. Kini topeng-topeng tersebut, mungkin kerana sudah terlalu lama, tertanggal satu-persatu dan menampakkan muka sebenar pemimpin mereka.
Kini mereka terdiam bukan kerana takjub atau taksub dengan pemimpin dan perjuangan mereka. Tapi mereka terdiam kerana terperanjat melihat wajah sebenar pemimpin mereka. Terdiam kerana dalam kepandaian mereka, mereka dipandirkan.
Kepada penyokong-penyokong PAS, ayuhlah…kalaupun tidak dapat bermuhasabah diri, muhasabahlah perjuangan yang anda ikuti selama ini. Larilah dari gerhana PAS, dokong dan sokonglah perjuangan yang walaupun tidak 100% sempurna, tetapi perjuangannya jelas, mukanya jelas, walaupun tak sehensem Mc Sebo, tapi tidaklah memakai topeng kepura-puraan. Ajaklah kawan-kawan, saudara-mara, kaum keluarga sama-sama mengisi borang keahlian UMNO dan sama-sama berjuang demi untuk Islam dan Melayu.
Borang UMNO percuma, pintu-pintu pejabat UMNO tiada diletakkan tong derma. Jangan bimbang dan jangan takut, yuran keahlianpun rasanya ramai yang ingin sponsor, kiranya anda benar-benar ingin memBERSIHkan diri, hati dan perasaan dari perjuangan yang memakai topeng.
2 comments:
sila katakan ya kepada Gerakan hapuskan cina atau Gerhana....
bahaya tu bro. kalau mcm ridhuan tee lu nk letak mana? gua kata "no"
Post a Comment