TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, June 16, 2011

SAKNJ - UMNO JOHOR JANGAN LEKA

Petang ini aku tidak berniat nak menulis panjang. Cuma terdapat  satu perkara yang inginkan penjelasan yang pada pendapat aku isu ini akan dipermainkan oleh pembangkang di negeri Johor khususnya dalam menarik undi orang Melayu.

Di Johor, Sekolah Agama Kerajaan Negeri Johor (SAKNJ) merupakan kebanggaan kepada orang Melayu. Melayu Johor tulen, tidak dapat tidak akan cuba memastikan anak mereka mendapat pendidikan agama yang secukupnya di SAKNJ ini sekurang-kurangnya sehingga Darjah 6.

Isu yang amat perlu diperjelaskan atau diselesaikan oleh kerajaan BN pada ketika ini ialah;

1: Apakah peranan Kerajaan Negeri dalam memastikan tiada berlaku pertindahan waktu untuk ko-kurikulum sekolah kebangsaan dengan waktu belajar di SAKNJ. Amat kerap berlaku, keadaan dimana dibuang mati emak, ditelan mati ayah. Akhirnya atas kehendak anak-anak (bukan ibubapa), maka waktu di SAKNJ dikorbankan. Kerap berlaku kekosongan kelas akibat pertindihan jadual ini. Hal ini kerap mengecewakan hati guru-guru agama. Kerajaan Negeri perlu mencapai kata sepakat dengan Kementerian Pelajaran dalam menyelesaikan hal ini.

2: Masalah perjawatan guru agama yang sekian lama tidak terbela. Terlalu ramai guru bertaraf kontrak, malahan rasanya 100% guru agama di sekolah Arab bertaraf kontrak. Sementara di SAKNJ pula masalah kenaikan pangkat dan pemangkuan gred yang sudah lebih 3 tahun tidak selesai. Kerajaan negeri harus menyelesaikan dengan segera masalah ini. Masalah ini adalah masalah yang tidak boleh dibiarkan berterusan.

Telah terlalu ramai guru-guru agama di Johor ini yang cenderung kepada pembangkang. Malahan walaupun kerajaan telah mewujudkan TAJ dan KEMAS, ramai guru agama yang menghantar anak-anak mereka ke PASTI. Diharapkan agar kerajaan negeri dapat membuka mata. Guru Agama mempunyai peranan dan pengaruh yang agak besar dalam masyarakat. 

Walaupun agak pasti, pembangkang susah untuk menguasai Johor, tetapi kekurangan majoriti sahaja di Johor ini sudah boleh membuatkan pembangkang kenduri besar. UMNO Johor kena tengok-tengok dan jampi-jampikan Ustaz dan Ustazah yang dah senget tu!!!

4 comments:

Unknown said...

Salam bro. Betul tu. UMNO Johor jgn ambik mudah. Teruskan program 'turun padang', dekati dan ambik hati rakyat. Rakyat skrg sudah pandai menilai yg mana baik dan buruk. kuasa di tangn mereka.

Silap langkah, kecundang kita bro....fikir-fikirkanlah....

MELAYU KULAI said...

Betul tu bro. Den tgk stakat ni, ramai ustaz dan ustazah SAKNJ yang pakai topi hijau...Depa pun sebenarnya bukan sokong UMNO BN pun, hati terpaut pada hamPAS...Makan gaji jer ngan kerajaan...

Anonymous said...

SALAM SAHABAT SAYA SEMUA. JANGAN ANGGAP SAYA KETERLALUAN BILA SAYA MEMBUAT KOMEN. SEBENARNYA PUCUK PINPINAN UMNO ANGGAP MUDAH JE TERHADAP ORANG MELAYU..APA YANG DIA RASA MELAYU SUDAH PASTI SOKONG UMNO

MEMANG BETUL, MELAYU MENYOKONG UMNO KERANA UMNO MEMBELA NASIB MELAYU..!! TAPI SELAMA MANA MELAYU BOLEH SOKONG UMNO-BN..?

TENGOK CONTOH DALAM ARTIKEL TERBITAN DIATAS PUN DAH CUKUP DAN TAK PERLU SAYA MEMBERI KOMEN YANG PANJANG.

NI NAK UCAP TERIMA KASIH PADA ENAL, KERANA DALAM BLOG NYA ADA BAGI TAU GERHANA BULAN PADA MALAM SEMALAM, JADI DAPAT LAH SAYA MENYAKSIKAN NYA.

TiS said...

Salam Sahabat IBM, MK & MNor,
Sambil-sambil kita tibai pembangkang, kita kena le juga peringatkan UMNO-BN. Jangan happy sangat. Kebanyakkan yang berjawatan tu, semuanya menawarkan diri untuk berkhidmat, so apa lagi, berkhidmatlah.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI