TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, June 13, 2011

I.S.A. & MENTERI AMARAN

Kebimbangan orangramai tentang perhimpunan Bersih  semakin kuat kedengaran. Yang banyak didengari ialah bukan berapa ramai yang akan hadir pada perhimpunan itu, tetapi berapa banyak kerosakan yang akan berlaku pada hari itu. Ini diperkuatkan lagi dengan khabar-khabar bahawa penganjur ingin meniru gerakan demonstrasi ala Mesir.


Berpandukan dari beberapa siri tunjuk perasaan yang lepas, yang mana ianya lebih banyak membawa kerosakan dari mencapai matlamat asal yang dibawa, maka tidak hairanlah kebimbangan rakyat sangatlah tinggi.


Dalam hal ini, kerajaan khususnya, Kementerian Dalam Negeri perlu bertindak lebih cepat. Perhimpunan ini perlu digagalkan dari awal lagi. Jangan hanya apabila orangramai sudah mula berkumpul dan melakukan onar, baharulah tindakan hendak diambil. 


Rakyat, terutamanya yang menyokong kerajaan sudah merasa bosan dengan sikap kerajaan yang seolah-olah memberi muka dan sangat berlembut dengan para pencetus huru-hara dalam negara yang sepatutnya aman dan damai kerana limpahan ekonominya.


Janganlah sampai rakyat yang mengundi kerajaan pada hari ini merasakan bahawa kerajaan tidak membuat kerja atau takut untuk bertindak jika perkara-perkara yang boleh menggugat keamanan negara hanya dicegah dengan amaran sahaja.


KDN harus tegas. Gunakan ISA kepada para penganjur-penganjur perhimpunan yang sangat provokatif  hingga berani untuk menyamakan perhimpunan mereka nanti Ala Mesir. Adakah mereka ini memang mahukan Malaysia hancur seperti Mesir?


Alangkah malunya kerajaan apabila dikalangan para penyokong kerajaan sendiri sudah ramai yang melabelkan menteri KDN sebagai Menteri Amaran.




2 comments:

SambaLBelacaN said...

menteri yg patut dipencenkan..
dah x relevan...sangat lemah dan membahayakan keselamatan negara

TiS said...

Kawan sokong En. Ali.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI