TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, June 13, 2011

SAMPAH

Ada sorang lagi sembunyi kat belakang
Suka aku mencadangkan kepada mereka-mereka yang merasakan akan pergi ke perhimpunan Bersih nanti. Sebelum tu, kepada yang menyokong kepada idea tu, ketahuilah bahawa itu idea yang dah ketinggalan zaman. Idea yang dikeluarkan oleh pemimpin yang dah melebihi tarikh BEST BEFORE.

Kit Siang, Karpal Singh, Nik Ajis, Nuar,  tu semua dah melepasi tarikh luput. Patut sudah dimasukkan ke senarai menunggu untuk proses pelupusan. Yang muda-muda ni janganlah ingat asal orang tua cakap, semuanya betul. Sekarang ni bukan zaman lagi untuk mencapai cita-cita atau hajat dengan membuat kehancuran. Sekarang sudah zaman siber.

Orang luar akan bertepuk tangan melihat kita hancur. Orang luar akan mengekploitasi berita penentangan terhadap kerajaan semaksimum mungkin walaupun tentangan itu tak seberapa mana. Media asing akan mencari segala sudut terbaik untuk menunjukkan betapa ramainya yang menghadiri perhimpunan itu nanti walaupun terpaksa mengambil gambar dari celah kelengkang kerana kalau diambil dari udara akan nampak betapa sedikitnya yang hadir.

Usaha yang tak seberapa itu  yang semata-mata untuk memuaskan nafsu segelintir pemimpin yang rakus hanyalah akan memburukkan nama negara di mata masyarakat dunia. Lebih malang lagi media asing akan seberapa mungkin akan cuba untuk meyakinkan para pelabur bahawa Malaysia bukanlah sebuah negara yang selamat. Kalaupun kita tidak akan menjadi seperti Mesir atau Libya yang telah hancur, kebarangkalian untuk menjejaskan ekonomi negara dengan cara berdemontrasi ini amatlah tinggi. Sebenarnya tindakan itu hanyalah meragut kebahagian anak cucu kita. Tindakan itu jugalah yang akan menanamkan emosi tidak stabil kepada anak-anak kita.

Malulah kepada anak cucu yang terpinga-pinga melihat tingkah dan kelakuan mak, bapak, datuk dan nenek mereka terpekik-pekik dan terbaring-baring di atas jalanraya. Sedangkan anak cucu kita sekarang ini, sambil minum Milo Ais dan makan biskut Munchy, menyampaikan hasrat dan fikiran mereka melalui netbook dengan telinga mereka dihidangkan pula dengan lagu-lagu yang didengari melalui headphone. Sedikitpun mereka tidak mahu mengganggu privasi orang lain.

Kepada yang benar-benar inginkan Bersih, maka dicadangkan agar buatlah kumpulan yang setiap satunya dianggotai antara 10 hingga 20 orang, panggil anggota keselamatan untuk mengiringi dan membantu kumpulan anda, serbulah pusat-pusat urut, rumah persundalan dan kedai judi haram yang melambak-lambak di Selangor dan Kuala Lumpur tu. 

Atau buatlah gotong royong membersihkan kejiranan anda sendiri dengan membawa anak-anak sekali tanpa terlalu mengharapkan kepada PBT sahaja untuk membersihkan sampah anda. Inikan lebih baik dari anda yang menjadi SAMPAH!!!


1 comment:

Unknown said...

Salam bro. Memang patut dan tepat pd masanya mereka-mereka ini di gelar "SAMPAH'. Politik yang mereka amalkan memang bertarafkan SAMPAH. Didalam parti mereka di penuhi dgn sampah, hati, rumah, pejabat, segala2nya di banjiri dgn sampah.

Rakyat mesti tolak parti SAMPAH demi utk kesejahteraan negara. Ingat SAMPAH ingat mereka2 ini, Pembangkang..!

ARTIKEL HANGAT BULAN INI