Siapa yang menduduki kerusi kepimpinan PAS sudahpun terjawab. Walaupun nampaknya seperti telah ada bibit-bibit perpecahan dalam PAS sekarang ni, kita kat BN jangan le suka sangat. Janganlah kita sampai terleka dek seloka PAS hingga kita lupa yang PRU13 semakin hampir. PAS ni memang pandai melawak.
Harus kita ingat, di BN, kita punya banyak ‘kumpulan pemikir’, tapi semuanya sibuk memikirkan bagaimana untuk memakmurkan rakyat dan negara tanpa mengira agama, bangsa mahupun fahaman politik. Itulah uniknya BN. Kuasa yang ada digunakan bukan untuk memperkuatkan parti tetapi untuk kesejahteraan dan kemakmuran semua.
Apapun yang orang memperkatakan tentang kepemimpinan BN, yang paling penting sekali adalah dasar yang diperjuangkan adalah dasar yang betul. Kalau tidak manakan mungkin Malaysia akan semakmur sekarang ini? Siapa yang memerintah selama ini, kalau bukan BN?
Berbalik kepada cerita PAS, dalam sibuk-sibuk ahli fikir dalam BN pecah kepala memikirkan bagaimana nak memakmurkan rakyat dan negara, mereka pula mempunyai ahli fikir dan ulamak yang mempunyai rezab fatwa yang banyak untuk menghalalkan cara. Tak kiralah apa yang kita nampak dan apa yang orang-orang bawahan PAS nampak, tentu nanti akan keluar fatwa demi fatwa yang akan disesuaikan dengan keadaan semasa parti mereka. Yang peliknya, orang-orang PAS ni mereka percaya pada fatwa kepimpinan PAS sama macam budak baca komik ultramen -bahawa ultramen tu benar. Kesian aku tengok orang PAS ni!!
1 comment:
Salam sahabat saya enal; apa yang saya perhatikan pemimpin-pemimpin Pas terlalu ghairah inginkan kuasa. Mereka akan lakukan walau apa cara sekalipun demi matlamat perjuangan mereka. Tentang fatwa-fatwa yang karut marut biasa dah bagi kita menilai akan kebenarannya, banyak yang menyimpang dari akidah Islam dan sunnah.
Kini semua orang sudah tahu, yang busuk pada kita tapi wangi kepada mereka...!!oleh kerana keghairahan itu ingin mendapatkan pemimpin dan ikutan yang teramat-amat glamer, maka mereka pilih jalan yang singkat. Anwar memang dipertahankan oleh mereka kerana Anwar memang glamer..!!? dan tak kurang juga Mat Sabu glamer dengan bilik hotel 121 nya.
Post a Comment