Entah macam mana siang tadi aku termasuk kat Wikipedia, kemudian ternampak le butiran pasal si Nuar ni. Apa yang aku nak kongsi ni ialah tentang dia dilahirkan di Malayan Union. Memang betul le masa tahun 1946-48 tu Tanah Melayu, British namakan Malayan Union. |
---|
Sepatutnya kalau dia mendukung perjuangan orang Melayu, tentu dah lama dia suruh buang perkataan Malayan Union tu. Kalau dia tak bangga dengan Malayan Union tu, tentu dah lama dia bertindak secepat dan sepantas dia mengeluarkan videonya dari You Tube. Dia tentu tahu macamana orang Melayu dulu berjuang tidak mahukan Malayan Union. |
---|
Rata-rata orang Melayu, semuanya tidak menerima Malayan Union dari rakyat kebanyakan hinggalah ke Raja-Raja Melayu. |
---|
Aku banyak juga sedara mara yang lahir dalam tahun tu, tapi semuanya cakap dia orang lahir kat "Tanah Melayu, sekarang orang panggil Malaysia". Dia orang cakap gitu kat budak-budak, anak sedara dan orang-orang muda supaya dia orang tahu bahawa Malaysia ni dulu Tanah Melayu. Sedara mara aku ni tak le fanatik sangat dengan politik, tapi bila cerita bab kelahiran dia, dia tetap tekankan perkataan Tanah Melayu tu. Aku tak dengopun dia orang cakap Malayan Union. |
---|
Patut le si Nuar ni sibuk sangat nak kuasai Putrajaya. Aku gerenti kalau dia jadi PM nanti, Malaysia akan jadi Malayan Union semula. Ko orang semua nak ke? |
---|
| |||||||||||||||
No comments:
Post a Comment