TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, June 27, 2011

KDN KENA GUNAKAN ISA SEBELUM TERLAMBAT

Bantai cukup-cukup mana yang kurang ajar
Datuk Seri Hishammudin Hussein berkata bahawa ISA mungkin digunakan terhadap penganjur BERSIH 2.0. Melihat dari apa yang telah dan sedang berlaku sekarang, perkataan mungkin sudah tidak perlu diungkapkan lagi oleh menteri KDN itu. Apa yang perlu sekarang ialah gunakan ISA.

 Semakin lama ditunggu, semakin parah kesannya kepada negara dan kerajaan.  Satu contoh yang telah berlaku ialah berkaitan penahanan anggota PSM kerana membawa risalah dan barangan yang berbaur komunis.  

Bacalah berita dipelusuk mana dunia sekalipun, kenyataan yang keluar ialah kerajaan cuba mewujudkan mewujudkan kontroversi palsu untuk menanamkan imej negatif kepada BERSIH 2.0.  Hal ini tidak mungkin berlaku, sekiranya segala ketua, segala kapten BERSIH ini telah ditahan. 


Kini, penyokong bersih sekiranya ditangkap segala kesalahannya akan dipertanggungjawabkan kepada kerajaan. Para ketua dan kapten mereka yang bebal otak untuk berfikir secara rasional akan cepat pula mencari helah untuk menuding jari atas segala kesalahan mereka kepada kerajaan.


Oleh itu, sebelum lebih banyak kemudaratan kepada nama baik kerajaan dimata dunia luar, KDN haruslah tegas dan menggunakan segala peruntukan undang-undang yang ada untuk menyekat segolongan kecil manusia yang tidak sayangkan Malaysia ini dari terus bermaharajalela.


Alasan bahawa kerajaan akan dipersalah kerana ianya melibatkan parti politik adalah tidak boleh diterima. Ini kerana perhimpunan BERSIH ini melangkaui politik. Mereka mengakui BERSIH adalah NGO bebas, tetapi hakikatnya ia adalah sebuah pertubuhan yang bersekongkol dengan pihak pembangkang dan negara asing untuk mewujudkan kekacauan di Malaysia dan seterusnya menghilangkan kekuasaan Melayu dan Islam yang selama ini sememangnya dipilih berdasarkan demokrasi yang adil dan bersih.


Sepertimana yang pernah dikatakan oleh bekas menteri KDN dahulu, iaitu Allahyarham Tan Sri Ghazali Shafie, selaku menteri atau timbalan menteri KDN, untuk menjadi popular adalah sesuatu yang tidak mungkin berlaku dan KDN bukanlah tempat untuk mencari populariti.

1 comment:

Mata Pedang said...

YG DITANGKAP@ISA TU...KITE LUCUTKAN
KERAKYATANNYA !! SURUH DIA BERAMBUS KE MANA-MANA TEMPAT yg DIA NAK@BOLE PERGI...YG PASTI,,X DE NEGARA LAIN PUN YG NAK TERIMA BABI KHIANAT MCM DIAORANG TU...!!! WOOOI..ISAMUDIN KDN ! KO BUAT APA HAH ??

ARTIKEL HANGAT BULAN INI