Suhakam: Lindungi hak perhimpunan aman (petikan dari MalaysiaKini)
Jun 27, 11 4:06pm
Merujuk kepada perhimpunan BERSIH, PERKASA dan Pemuda Umno pada 9 Julai ini, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (Suhakam) mengulangi pendiriannya bahawa orang ramai mempunyai hak untuk berhimpun dan menyuarakan pandangan secara aman.
Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata ia termaktub di dalam Perkara 10(1)(b) Perlembagaan Persekutuan serta Perkara 20(1) Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat.
Suruhanjaya mengulangi syor-syor yang telah dikemukakan sebelum ini kepada kerajaan untuk menghormati kebebasan berhimpun.
Hasmy berkata, ianya terkandung dalam, antara lain, Laporan Tahunannya kepada Parlimen, serta permintaan bagi pemansuhan sub-seksyen (2), (2A) - (2D), (4), (4A), (5), (5A) - (5C), (7) dan (8) Seksyen 27 dan Seksyen 27A Akta Polis 1967.
Suhakam juga, tambahnya, mengesyorkan agar pihak polis menggunakan cara yang bersesuaian dan tanpa keganasan sekiranya mereka mendapati ianya perlu untuk mengawal atau menyuraikan orang ramai semasa perhimpunan.
Sehubungan itu, Suhakam menyeru pihak berkuasa untuk membenarkan perhimpunan aman tersebut dijalankan.
"Dan kepada pihak-pihak lain yang merancang perhimpunan berkenaan agar melaksanakan hak mereka dalam keadaan terancang dan penuh tanggungjawab.
"Suruhanjaya akan memantau perhimpunan itu sewajarnya,"
SUHAKAM kena adil dan BERSIH pemikiran |
SUHAKAM ni lagi satu aku tak faham. SUHAKAM ni saja buat-buat tak tahu atau memang tak mahu ambil tahu. Kerajaan selama ini tidak pernah menghalang rakyat untuk berhimpun, tetapi perhimpunan yang hendak dibuat itu mestilah di tempat yang sesuai, tidak mengganggu ketenteraman awam, tidak menimbulkan huru-hara, bukan untuk membuat provokasi yang boleh merosakkan keharmonian dan keamanan negara.
Nak berhimpun, nak berkumpul, bukanlah dijalanraya. Itu tempat orang lalulalang. Tempat orang cari nafkah. Bukan tempat untuk meraih sokongan politik. Jangan ganggu orang nak berniaga, jangan ganggu orang nak shopping, jangan timbulkan ketakutan kepada orang ramai. SUHAKAM faham ke tidak?
SUHAKAM kalau nak jadi juara menjaga hak orang, jangan jaga sebelah pihak sahaja. Pihak yang sebelah lagi kena jaga juga. Bukan yang nak berdemonstrasi sahaja yang ada hak nak hidup, orang yang tak suka pada demonstrasi juga ada hak untuk hidup dengan cara dia sendiri. Kalau nak adil, SUHAKAM kena adil pada semua pihak. Kalau tidak, baik SUHAKAM daftar aje jadi parti politik dan jadi pembangkang. Dah banyak kali SUHAKAM hanya adil pada hak untuk membangkang sahaja.
1 comment:
SUHAKAM patut di bubar. tukar dengan SUSAHKAN.
Post a Comment