TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, June 8, 2011

PAS BOLEH BAGI CERAMAH AJE


MB Johor sewaktu Majlis Pecah Tanah KIKYPJ
Satu lagi projek oleh kerajaan BN dah bermula di Parlimen Tenggara. Sudah 2 hari kerja-kerja asas untuk membangunkan Kampus Induk Kolej Yayasan Pelajaran Johor bermula. Nampaknya makin meriahlah tempat aku nanti.

Kampus induk bernilai RM52.6 juta itu akan dibina di atas tapak seluas 12 hektar di kilometer 16 Jalan Kulai-Kota Tinggi iaitu dahulunya sebahagian dari Ladang Yayasan Pelajaran Johor.

Dah mula dah....
Menurut Menteri Besar Johor, Dato’ Hj Abdul Ghani Bin Othman sewaktu majlis pecah tanah pada Disember lepas, projek ini ,merupakan fasa pertama yang mana apabila siap kampus ini dapat menampung  kira-kira 2,500 pelajar menjelang akhir 2012. Keseluruhan fasa Kampus Induk Kolej Yayasan Pelajaran Johor ini akan melibatkan kawasan seluas 40 hektar.

Sudah tentunya projek ini nanti akan dapat memberikan kesan sampingan ekonomi yang banyak kepada penduduk setempat. Bila dah siap kampus ini nanti, tentunya akan bertambah lagi penduduk di sini. Jadi, kat sini rata-ratanya orang Felda, apa lagi yang tak baiknya kerajaan BN? Anda semua kena pastikan dalam PRU 13 nanti tiada satu undipun untuk pembangkang.

PAS boleh bagi apa kat Tenggara ni? BAGI CERAMAH BOLEH LE...ITUPUN KENA DERMA.....

3 comments:

mnorkembalak said...

Dalam setiap ceramah Pas tanpa derma tak meriah broo..

enalrahim said...

Dia orang minta derma pasal nak bagi gaji kat sheikh-sheikh PAS tu.

IBM said...

Salam. Patut le sheikh-sheikh Pas yg bagi ceramah di masjid/suaru dtg dgn kereta beso. Paling koman Honda Accord. Ada yg dtg dgn Mercedez. Oh..kaya, kaya raya sheikh2 Pas ni....duit derma le tu.....:)

ARTIKEL HANGAT BULAN INI