Pagi Khamis, aku bangun, surat khabar langgananku UTUSAN FATWA dahpun tersangkut kat pagar. Aku belek-belek berita di muka hadapan. “44 blogger ditangkap kerana menulis anti DASAR EKONOMI KRONI. Kesian aku tengok blogger-blogger tu, kerana menulispun, dia orang ditangkap, dia orang bukannya merusuh atau tunjuk perasaan. Menurut PERDANA MENTERI BERSAMA 1, dia akan bermesyuarat dengan PERDANA MENTERI BERSAMA 2 dan 3 untuk menentukan tuduhan dan MELANTIK HAKIM yang sesuai untuk membicarakan mereka yang ditangkap itu.
Selesai sarapan aku ke pasar. Sejak akhir-akhir ini aku yang kena ke pasar pasal isteri takut sebab sejak BEER murah dan KELAB MALAM dan KELAB GAY beroperasi 24 jam, jalan ke pasar dah kurang selamat. Terlalu ramai orang mabuk kat tepi jalan. Aku beli lauk telur aje. Serba salah nak beli ikan dan sayur yang dijual satu meja dengan babi.
Balik pasar, aku gi kedai runcit, sebelum tu aku gi tuang minyak dulu. MINYAK MEMANG MURAH gila, RM1.00 aje seliter. Tapi aku bukannya makan minyak. Kat kedai runcit, SUSU ANAK aku yang dulunya RM20.99 kini dah jadi RM70.49, GULA PASIR RM3.50 sekilo, TEPUNG GANDUM RM4.00 sekilo, BERAS SST 5% BEG 10 Kilo, RM85.00. Oleh kerana berbelanja lebih RM100.00 aku dapat PERCUMA sekotak ROKOK dan setin BEER.
Waktu makan tengahari, anak aku ingatkan, 4 hari lagi sekolah naik. Dia orang nak DUIT YURAN SEKOLAH untuk Penggal yang kedua ni, tiap sorang mintak RM1200.00. Tiga anak bersekolah....pening kepala aku. Dulu aku sekolah semua free.
Petang nak gi kerjapun tak da mood. Majikan aku gaji bulan lepaspun belum habis bayar lagi. EKONOMI KURANG BAIK katanya. Boring ke tidak, kerja kena le pergi juga. Sampai tempat kerja lambat, jalan sesak dan jem pasal traffic light dan ada karen. Sejak letrik murah ni, selalu BLACKOUT. Kenapa aku tak tau.
Petang bini aku telefon, pesan, masa balik nanti beli air mineral dua tiga botol. AIR PAIP yang keluar sejak petang tadi berkeladak macam air tanah, bukan kata nak buat makan minum, nak buat cebokpun geli katanya.
Balik kerja, aku tengok, jiran depan rumah aku yang dah dua tiga hari tak balik, sudahpun balik. Jealous aku tengok Pak Sheikh ni, sekarang dah pakai Merc CLS dan ALPHARD. Kerja dia bukan apapun, cuma bagi CERAMAH. Cerita orang kaya baru ni, banyak yang pelik, ialah kawan aku si Leong, dulu cuma setakat repair TV aje, sekarang nipun dah pakai MERC S class. Tak depun kena siasat atau kena tangkap. Padahal orang masuk kedai dia bertujai-tujai tu bukannya repair TV, tapi beli NOMBOR EKOR "HALAL".
Sedihnya aku. Silap siapa le yang pangkah dulu. Aku nak lari mana lagi. Nak lari Pulau Jawa, aku orang Melayu, TANAH MELAYU dahpun dibuang dari buku sejarah. Kat buku sejarah anak aku dia tulis, penduduk asal negara ini ialah mereka-mereka yang diberi kerakyatan oleh BRITISH kerana menyokong MALAYAN UNION.
Oppp...nasib baik aku mimpi. Ya Allah jauhkan malapetaka ini.
Inilah sebahagian mimpi-mimpi ngeri yang menakutkan.
4 comments:
KAH..KAH..KAH.. SATU LAWAK JENAKA DAN SINDIRAN YANG SINIS, TERUSKAN BERKARYA SAHABAT. HENTAM JANGAN TAK HENTAM...
Sdr Mnor,
Terima kasih atas sokongan.
Salam. Mimpi adalah satu daripada mainan tidor. Tapi kadang2 boleh di ambil iktibar juga. Apapun , tahniah, sebuah tulisan yg baik sekali. Teruskan bro, perjuangan kita belum selasai....
SALAM PERJUANGAN......HIDUP INI ADALAH JIHAD, PEPERANGAN KITA MELALUI KARYA DAN TULISAN....TERUSKAN AMAL MAARUF NAHI MUNGKAR...HAPUSKAN PETUALANG MELAYU DAN PENGKHIANAT AGAMA ISLAM. PAS PERALATKAN AGAMA DEMI CITA-CITA KE PUTRAJAYA...ALLAH AKBAR!!!!!!
Post a Comment