TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, June 9, 2011

KETURUNAN MELAYU

Jom kita belek-belek surat beranak dan kad pengenalan kita. Belek kat ruang sepertimana gambar yang disertakan. Maklumlah, sekarang ni dah ada orang yang malu nak mengaku keturunan. Aku tak tahu le, samada maknya tu malu nak mengaku keturunan anaknya ataupun dia tak berapa yakin siapa bapak anaknya tu. Tapi kalau ada dua tiga bapak, betul le tu, keturunan anak tu keturunan Malaysia.

Ahh…tu peduli le sama dia. Apa yang pentingnya aku nak merayu kepada sesiapa yang kat surat beranak  dia tercatat keturunan Melayu beragama Islam, dan Islam dalam kad pengenalannya, marilah sama-sama kita berjuang dalam BN agar negara ini terus harmoni, aman, makmur dan saling hormat menghormati.

Aku rasa bagi kita yang berketurunan Melayu dan beragama Islam ini, tiada wadah lain yang mampu menjamin KeMelayuan dan KeIslaman kita selain dari sama-sama memperkuatkan BN melalui UMNO. Kalaupun UMNO tu tak 100% perfect, sama-sama kita memperbaiki dengan cara yang paling bertamaddun, bukannya dengan bersorak dijalanan sampaikan terpaksa meninggalkan kerja. Kita kena duduk sama-sama dengan UMNO untuk mengenalpasti, buruk baik, ikhlas tidaknya perjuangan UMNO untuk orang Melayu dan Islam serta rakyat Malaysia seluruhnya.

Janganlah kita menjadi Melayu Islam yang bodoh dan mudah diperkudakan dengan cerita yang molok-molok yang akhirnya kerana cuma untuk kepuasan diri, bukan sahaja Bangsa yang kita gadaikan, malahan Ugama Islam turut digadaikan. 

Sejak akhir-akhir ini terlalu banyak hal yang mencabar kita selaku Melayu Islam. Kita diperlekeh kerana sikap kita yang berpuak-puak dan saling mengata satu sama lain. Untuk menjadi Melayu Islam yang kuat, kita kena menilai mana parti Melayu Islam yang kuat sekarang ini, maka kita kena sama-sama memperkuatkannya. Tak lain tak bukan melalui UMNO.

Kalaupun BN menang tetapi UMNO tidak kuat, apakah kita akan terbela. Belum tentu. Ini kerana komponen yang lain tu juga macam sesumpah. Maka itulah kita Melayu Islam kena memperkuat satu-satunya parti Melayu yang telah ada track record dalam menerajui negara serta mampu membela Melayu Islam dan dalam masa yang sama menghormati hak kaum yang lain.

Harus kita ingat, kalau BN yang diterajui oleh UMNO tidak mengamalkan dasar yang betul, Malaysia tidak akan sampai ke tahap yang ada pada hari ini. Jangan sampai yang dikendong berciciran yang dikejar tak dapat. Aku sedih melihat yang berbaring dan melalak di jalanraya semasa tunjuk perasaan tu semua muka macam muka sedara-sedara aku, tak de pulak yang sepet dan yang hitam, sedangkan yang sibuk mengajak berdemontrasi mereka. Bodohkah kita, atau kita boleh dibeli hanya dengan sebotol air mineral dan sebungkus nasi campur. Fikir-fikirkan lah.

1 comment:

Anonymous said...

dah tiada jln len yg mmpu utk d lakukan selain di jalanan....kerajaan zalim x pernah nk dgr ap yg rakyat nak....ketidak adilan media massa mnjdi contoh utama....jd BN perlu trun..PAS naik!

ARTIKEL HANGAT BULAN INI