
Ahh…tu peduli le sama dia. Apa yang pentingnya aku nak merayu kepada sesiapa yang kat surat beranak dia tercatat keturunan Melayu beragama Islam, dan Islam dalam kad pengenalannya, marilah sama-sama kita berjuang dalam BN agar negara ini terus harmoni, aman, makmur dan saling hormat menghormati.

Janganlah kita menjadi Melayu Islam yang bodoh dan mudah diperkudakan dengan cerita yang molok-molok yang akhirnya kerana cuma untuk kepuasan diri, bukan sahaja Bangsa yang kita gadaikan, malahan Ugama Islam turut digadaikan.
Sejak akhir-akhir ini terlalu banyak hal yang mencabar kita selaku Melayu Islam. Kita diperlekeh kerana sikap kita yang berpuak-puak dan saling mengata satu sama lain. Untuk menjadi Melayu Islam yang kuat, kita kena menilai mana parti Melayu Islam yang kuat sekarang ini, maka kita kena sama-sama memperkuatkannya. Tak lain tak bukan melalui UMNO.
Kalaupun BN menang tetapi UMNO tidak kuat, apakah kita akan terbela. Belum tentu. Ini kerana komponen yang lain tu juga macam sesumpah. Maka itulah kita Melayu Islam kena memperkuat satu-satunya parti Melayu yang telah ada track record dalam menerajui negara serta mampu membela Melayu Islam dan dalam masa yang sama menghormati hak kaum yang lain.
Harus kita ingat, kalau BN yang diterajui oleh UMNO tidak mengamalkan dasar yang betul, Malaysia tidak akan sampai ke tahap yang ada pada hari ini. Jangan sampai yang dikendong berciciran yang dikejar tak dapat. Aku sedih melihat yang berbaring dan melalak di jalanraya semasa tunjuk perasaan tu semua muka macam muka sedara-sedara aku, tak de pulak yang sepet dan yang hitam, sedangkan yang sibuk mengajak berdemontrasi mereka. Bodohkah kita, atau kita boleh dibeli hanya dengan sebotol air mineral dan sebungkus nasi campur. Fikir-fikirkan lah.
1 comment:
dah tiada jln len yg mmpu utk d lakukan selain di jalanan....kerajaan zalim x pernah nk dgr ap yg rakyat nak....ketidak adilan media massa mnjdi contoh utama....jd BN perlu trun..PAS naik!
Post a Comment