TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, June 4, 2011

SUBSIDI UNTUK KITA

Terima kasih la pada kerajaan kerana tak jadi naikkan harga petrol. Walau camna pun aku mintak la kat pegawai KPDNKK lebih aktif lagi memantau stesen minyak kat Johor ni. Kalau boleh jangan sampai terlepas walau satupun kereta motor Singapore yang isi RON95 kat sini.

Kita tak boleh terima alasan bahawa yang memandu kereta plat Singapore tu rakyat Malaysia. Kalau rakyat Malaysia yang berduit kemudian beli kereta atau motor kat Singapore, bermakna dia dah menafikan hak ekonomi rakyat Malaysia, jadi benda-benda yang ada subsidi ni kita kena le sensitif sikit. Bukan minyak aje...kalau boleh bila dia orang keluar kat checkpoint, tengok sekali lain-lain barang yang ada subsidi, jangan sampai lepas hak kita orang lain makan. Patut semua barang yang ada subsidi kerajaan dilabelkan -untuk kegunaan dalam Malaysia sahaja.

Nanti bila kerajaan tarik balik subsidi, kita juga yang susah.

No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI