TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, June 4, 2011

TAMU JUMAAT

Hari ni, turn masjid tempat aku jadi tempat sembahyang Jumaat YB Datuk Adham Baba. Yang bagusnya dia ni memang setiap Jumaat pusing, lepas sembahyang sempat juga borak-borak dengan para jemaah. 

Adham ni sejak dari Exco Pemuda lagi, memang rajin gi kampung-kampung, berborak dengan rakyat. Rakyat ni kengkadang bukan harap sangat kat peruntukan kerajaan, dapat berborak, ketawa-ketawa dengan YB mereka pun mereka dah suka. 

Adham yang aku kenal, dia ni tak macam YB lain. Dia ni tak payah jemputpun dia sampai. Kalau yang lain tu kena tunggu ada majlis baru nampak muka. Senang cerita Adham ni memang kaki rayau la. Kat sini, dari budak sampai ke orang tua, aku rasa semua kenal dia.

2 comments:

mnorkembalak said...

Alhamdulillah jika dapat wakil rakyat yang berjiwa rakyat, sebagai yang sahabat kata tu memang benar. bukan semua YB sanggup turun padang. Haaa..nak tengok muka depa hanya tiba waktu nak mengundi, kita dalam jamban pun depa boleh tunggu kerana nak jumpa...

Anonymous said...

setuju sgt2... dia memg berjiwa rakyat. ex-bos saya memg baik orangnya... masa bulan puasa pun terawikh kat kawasan...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI