TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, July 23, 2011

APA TUNGGU LAGI MAT SABU? POLIS DAH CABAR TU.

Tuuu diaa....Apa lagi Bang Mad. Polis dah sahut cabaran tu. Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar berkata polis sedia berhadapan dengan saman Mat Sabu di Mahkamah. Kenyataan tu memang jelas, dia orang tetap kata Abang Mad penipu. Orang ramaipun dah kata Abang Mad penipu besar. Orang PAS pun dah bisik-bisik kata Abang Mad temberang.

Apa nak tunggu lagi, bukak aje kaunter Mahkamah Senin ni, terus failkan saman. Apa nak takut, kata Abang Mat tak tipu. Sia-sia aje kalau telur beso tapi dengan polis pun takut....kan...kan. Jangan biarkan nama Abang Mad  rosak. Nanti tak tercapai cita-cita nak ganti Hadi Awang. Tengok la dia orang tu, Pok Nik ke, Hadi ke, langsung tak de keluar statement nak bagi sokongan moral pada Abang Mad. Patut, selaku kengkawan, sokong le Abang Mad nak saman polis, ni tak, cuma diam aje. Takkan dia orangpun kata Abang Mad penipu!!!

Nanti kalau kat mahkamah, jangan lupa, kalaupun kepala lutut tu dah baik, jangan pakai seluar. Pergi pakai kain pelikat, nanti senang nak selak tunjuk kat hakim dan reporter, kepala yang cedera tu. Kalau dah baik, suruh Normah ketuk bagi bengkak semula. Abang Mad pun patut komplen, polis main kotor, mana aci letak kamera sembunyi-sembunyi. Patut kalau nak letak CCTV tu kena le letak juga signboard besar-besar bagitau yang "Anda sedang dipantau oleh CCTV". Baru le adil dan tak mengelat.

Bang Mad kalau nak mengetuai Pakatan mesti kena lebih dari yang lain. Kalau Abang Mad saman polis ni, tentu dalam satu hal Abang Mad dah melebihi Kapai Singh. Apa taknya, dia masuk mahkamah setakat pakai kerusi roda aje, Abang Mad masuk mahkamah "berkerusi roda dan berkain pelikat". Fuhhh....tentu famous gila Bang Mad nanti. Jealous Nuar Berahim!!!!


5 comments:

Anonymous said...

kita tgk adakah mat sabung ayam pas nie berani nak saman polis tau pandai gertak jer tp takut nak buat,kita tunggu lakonan wilcha mat sabu apa kesudahannya,dasar pembohong smpai bila2 pun bohong

Anonymous said...

Kesian dengan Mat Sabu ni Haji Hadi dan Nik Aziz tidak sepatah pun keluar kenyataan, kalau DAP/PKR yang kena sekejap terus keluar statement macam macam burukkan UMNO. Nasiblah Cik Mat Sabu kona baring apo nak di kato.

Anonymous said...

Mat Syabu tunggu bosnya keluarkan balik statement "CCTV tu besi, tak boleh jadi saksi". Jadi tuduhan Mat Syabu tu betullah, pasal dia pakai saksi jin afrit.

amoi said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Anonymous said...

Kalau nk nampak lagi real guna Karpal Singh. Nanti kedua-dua plaintif dan peguam guna kerusi roda masuk mahkamah.

Nanti terpampang headline kat Harakah
" Plaintif dan peguam dizalimi PDRM sehingga terpaksa guna kerusi roda".

ARTIKEL HANGAT BULAN INI