Keputusan Majlis Peguam menolak keputusan dan tidak bersetuju dengan penemuan suruhanjaya siasatan diraja yang diumumkan kelmarin bahawa bekas setiausaha politik DAP Teoh Beng Hock telah membunuh diri merupakan satu penghinaan kepada Institusi Di Raja. Umum tahu bahawa, perlantikan ahli-ahli suruhanjaya adalah melalui pemilihan yang ketat dan perlu diperkenankan oleh YDP Agong.
Seharusnya Majlis Peguam menoktahkan segala kontroversi TBH ini dengan tertubuhnya Suruhanjaya DiRaja. Sekiranya penemuan yang dibuat oleh Suruhanjaya Di Raja juga ingin dipertikaikan, maka apakah lagi kaedah yang ingin digunakan oleh Majlis Peguam? Majlis Peguam bertindak seolah-olah merekalah yang paling ariff sekali dari segi perundangan dan penyiasatan.
Sekiranya Majlis Peguam boleh mempertikaikan keputusan Suruhanjaya Di Raja, maka akan ramai lagi yang akan berbuat demikian. Saya juga ingin mempertikaikannya. Apa yang menjadi pertikaian saya ialah, mengapa siasatan hanya tertumpu kepada SPRM sahaja. Sepatutnya jika telah nampak adanya kemungkinan TBH membunuh diri kerana tekanan, siasatan harus juga diluaskan kepada majikannya, DAP.
Apakah tidak mungkin DAP memberikan tekanan yang cukup hebat kepadanya agar menyembunyikan apa-apa fakta yang seharusnya TBH beritahu kepada SPRM. Apakah ada kemungkinan DAP menggunakan taktik-taktik ala mafia atau kongsi gelap? Perkara ini juga perlu disiasat. Ini adalah berdasarkan bahawa TBH berkemungkinan akan dijadikan sebagai saksi SPRM. Oleh kerana kesimpulan yang dibuat oleh Suruhanjaya Di Raja ialah TBH membunuh diri kerana tekanan, maka pihak polis harus membuka semula siasatan dengan menyiasat apakah peranan DAP selaku majikannya. Apakah DAP hanya akan berkata kepada TBH "you just go and tell what you like" apabila mendapat tahu TBH dipanggil SPRM? Keberia-iaan DAP dalam memperjuangkan nasib TBH sangatlah dicurigai. Sebagai parti politik, rasanya anggota BN belum pernah lagi mempertikaikan peranan SPRM dalam menyiasat kes rasuah walaupun sesetengahnya melibatkan individu yang sangat berpengaruh dalam parti. Ramai-ramai kita mendesak pihak berkuasa menyiasat semula kes ini dengan menumpukan kepada peranan DAP pula.
No comments:
Post a Comment