TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Saturday, July 2, 2011

AZIZ BARI DAH HABIS PANDAI

The Malaysian Insider KUALA LUMPUR, 2 Julai — Langkah menjadikan isu Himpunan Bersih 2.0 sebagai fokus khutbah Jumaat di Wilayah Persekutuan dan beberapa negeri lain semalam secara langsung menunjukkan masjid turut diseret ke dalam politik, demikian menurut penganalisis politik Prof A. Aziz Bari. 
Katanya, beliau juga tidak fikir wajar isu Himpunan Bersih 2.0 diseret ke dalam khutbah kerana ia sebenarnya usaha masyarakat sivil untuk membersihkan sistem pilihan raya daripada penipuan dan selaras dengan tuntutan perlembagaan.

Satu lagi orang pandai yang dah habis pandai. Bila pandai dah habis, nasihat dan niat baik orang lain, semuanya diterima dengan persepsi yang serong.

Khutbah adalah mengandungi unsur-unsur nasihat. Mengajak umat mencari dan mengikut perkara yang baik serta menjauhi perkara yang mungkar. Khutbah bukan ceramah politik!!! Khutbah menasihatkan jemaah. Islam sentiasa mengutamakan keamanan dan kedamaian. Dalam Islam, maslahat umum lebih penting dari keperluan golongan yang sedikit. Tidak salah jika mimbar menasihati jemaahnya untuk menjauhi aktiviti golongan yang sedikit itu apabila rata-rata khalayak umum perpendapat golongan yang sedikit itu boleh menimbulkan kekacauan yang besar dan mendatangkan mudarat kepada ramai manusia. 

Kalau bukan melalui masjid yang menasihati umat Islam, di mana lagi. Ini bukan peranan politik. Ini peranan agama dalam menasihatkan penganutnya.

Tapi biasalah, orang pandai ni, dia ingat dia sahaja yang betul. Tak ingat rupanya pandainya selama ini dah habis. Membersihkan sistem pilihanraya melalui perarakan dijalanraya hingga mengganggu ketenteraman awam, bukanlah tindakan masyarakat sivil, itu tindakan masyarakat jahil, tindakan yang dipelopori oleh segolongan orang pandai yang dah habis pandai.

Aku rasa Aziz Bari ni tak lama lagi nyanyuk le. Ketika itu analisa politiknya akan benar-benar analitik antaranya dia mungkin akan berkata, dacing BN senget sedikit, bulan PAS bulatnya terlalu perfect, roket DAP tak cukup kuasa tujahan dan macam-macam lagi analisa gila.


2 comments:

Anonymous said...

pandai tak boleh di ajor !..bodoh tak boleh di didik.!! maklum lah dah propesor..prop prop laa...

chagu bacin said...

Mereka2 yg benar2 berkalibar tlh lari meninggalkan Anuar , kalau diperhatikan org2 disekeliling Annuar skrg ini adalah mereka2 yg tahap sampah, Sam Ketot, Mat Bulan,Bari, mak lampir dll. Tp apa boleh buat itu aja yg tinggal terpaksalalah Nuar menggunakan apa yang ada saja. Tp kalau dah dpt kuasa nanti tahulah nasib mangkuk2 ni nanti.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI