Bank Negara Malaysia boleh bekukan aset BERSIH. Itu kenyataan dari Datuk Awang Adek Hussin. Tindakan pembekuan itu boleh dilakukan dengan cadangan dan nasihat pihak polis. Rujuk SINI
Tindakan pembekuan aset ini memang seharusnya dibuat bukan sahaja terhad kepada akaun BERSIH sahaja, tetapi juga perlu merangkumi kepada individu-individu yang menganjurkannya. Selain dari sebab peruntukan di bawah “Anti-Money Laundering and Counter-Terrorism Financing Act”, tindakan ini juga akan memudahkan tuntutan-tuntutan kerugian oleh mereka mengalami kerugian dari segi perniagaan dan kerosakan harta benda yang terjadi akibat pelanggaran undang-undang oleh BERSIH yang mungkin akan difailkan oleh mereka yang terlibat. Malahan, rasanya tidak salah sekiranya pihak kerajaan juga mengemukakan tuntutan kerugian akibat perbelanjaan sia-sia yang terpaksa dikeluarkan akibat agenda kotor BERSIH itu.
Terlanjur terdapatnya peruntukan untuk pembekuan aset ini, tindakan segera harus diambil sebelum sepatutnya kita mengikat lembu tetapi yang dapat cuma anak ayam sahaja. Ini kerana BERSIH diterajui oleh orang-orang yang bijak dan pandai memutar belit samada fakta mahupun tindakan.
2 comments:
bekukan aje. dah memang sah duit tu semua datang dari sumber yang tak bersih!
p/s: kalau buat benda berfaedah mcm ni takpe la jugak. baca free pastu boleh dapat RM10. confirm halal
buat sudah,x pyh ckp byk...
Post a Comment