Dengan keluarnya kenyataan DYMM Yang Di Pertuan Agong, diharapkan agar pihak-pihak yang berdegil untuk berarak dijalanraya, akan menguburkan hasrat mereka itu untuk kini dan selama-lamanya.
DYMM Yang Di Pertuan Agong menyatakan betapa Baginda sentiasa mengikuti segala perkembangan Kumpulan BERSIH yang ingin mengadakan perarakan besar-besaran untuk menyerahkan memorandum kepadanya, namun Baginda menyatakan keyakinannya bahawa kepimpinan DS Najib mampu untuk menangani isu ini.
Bagi orang yang memahami bahasa, jelas bahawa tidak perlulah menyerahkan memorandum tersebut kepada Baginda kerana Baginda yakin DS Najib mampu menanganinya.
Ingatlah nasihat Baginda, bahawa kita tidak boleh terlalu terikut-ikut dengan amalan-amalan negara-negara luar secara umumnya kerana keharmonian dan kestabilan negara adalah asas penting bagi sesebuah negara yang perlu semua pihak pertahankan dan setiap permasalahan yang timbul, kita sebagai masyarakat bertamadun hendaklah menyelesaikan secara rundingan dan tidak mengikut perasaan.
Diharapkan tidak ada lagi rakyat yang besar kepala dan berdegil kerana DYMM Yang Di Pertuan Agong sendiri menyatakan bahawa demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik. FULL-STOP.
1 comment:
saya mewakili pihak mykmu.net ingin menarik perhatian pihak tuan
bahawasanya...laman web mykmu.net akan mengadakan Majlis Himpunan penulis penulis maya pada november ini, Insya'Allah ..Perdana Menteri Malaysia turut akan menghadiri majlis tersebut tarikh resmi akan diberitahu kelak...
Buat masa ini apa yang boleh saya beritahu majlis berkemungkinan diadakan di lembah klang dan penginapan akan disediakan bagi peserta yang datang dari luar lembah klang...
andai berminat sila beri nama, blog anda dan no tel untuk dihubungi..
Tuan boleh menghubungi saya di email dkds@mykmu.net
Post a Comment