TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, July 13, 2011

DR ASRI DAKWA PUTRAJAYA PERGUNA PEMIMPIN AGAMA

Membaca ulasan Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengenai BERSIH 2.0 yang disiarkan TMI hari ini, aku merasakan Dr Asri tidak bijak dalam menilai situasi.

Putrajaya telah mempergunakan pemimpin agama untuk mempertahankan kuasa sebagaimana disaksikan di rantau Timur Tengah yang sebahagian besarnya adalah korupsi dan zalim.

Aku tidak nampak di mana Putrajaya mempergunakan pemimpin agama untuk mempertahankan kuasa. Sekiranya hanya dengan khutbah Jumaat dilihat sebagai mempergunakan pemimpin agama untuk mempertahankan kuasa, rasanya pandangan Dr Asri terlalu sempit sekali. Waima 3 juta orang sekalipun yang hadir pada perhimpunan BERSIH tersebut, ianya belum tentu dapat menjatuhkan kuasa kerajaan. Apa yang di buat oleh Putrajaya ialah menasihatkan rakyat agar hak sebahagian lagi rakyat terbela. Adilkah pemerintah sekiranya melalui pengalaman berhadapan dengan demontrasi yang lepas, banyak keburukan yang berlaku dan masih membiarkan ianya terus berlaku. Sekiranya demontrasi yang lepas tidak meninggalkan parut kepada rakyat, masakan sehingga 8 Julai lepas hampir 4000 laporan polis diterima? Jangan kerana untuk memuaskan nafsu segelintir manusia negara hancur. Pembangkang di Libya menggunakan Amerika Syarikat untuk menjatuhkan Muammar Gaddafi. Sehingga hari ini Muammar Gaddafi masih lagi berkuasa, tetapi negara mereka hancur. Itukah yang mahu dilihat oleh Dr Asri?

Jelas Asri, tindakan berbentuk keganasan tidak boleh dilakukan terhadap rakyat sekiranya tiada pententangan dilakukan termasuk perkara yang boleh menyebabkan kerosakan yang lebih besar

Apakah keganasan yang telah dilakukan oleh pemerintah? Apakah provokasi dan tidak mengikut arahan polis itu satu bentuk pertentangan? Apakah terlalu ganas polis Malaysia? Menahan mereka yang membuat provokasi dan menentang arahan polis dalam menjaga keamanan negara apakah dikategorikan ganas. Setakat menyembur air dan gas pemedih mata yang tidak melukakan untuk menyuraikan perhimpunan, itupun setelah diberikan amaran dan masa yang cukup untuk bersurai tetapi masih berdegil, apakah itu juga ganas. Polis terpaksa berdepan dengan ribuan manusia, bukan ratusan, sedangkan di Belfast, 2 hari yang lepas, polis di sana menggunakan peluru getah!!!

membantah pemerintah dalam negara demokrasi aman itu adalah sesuatu yang tidak boleh dianggap menentang negara kerana diiktiraf dan dijamin oleh perlembagaan negara dan persetujuan antarabangsa

Pemerintah Malaysia tidak pernah menyekat rakyatnya membantah. Sekiranya pemerintah kejam dan zalim, penganjur BERSIH tidak sempat untuk mempromosikan BERSIH mereka sehingga mampu mengumpul beribu orang pengikut. Awal-awal lagi penganjur BERSIH ini telah di”asingkan” dari kebebasan. Terlebih baiknya lagi kerajaan sehingga menawarkan tempat dan mengarahkan mereka memohon permit. Mengapa tidak dilakukan. Jangan hanya bercakap mengenai demokrasi tetapi bertindak mengikut hukum rimba. Sekiranya menghormati demokrasi, hormatilah pemerintah yang telah dipilih majoriti rakyat sehingga tempuh yang telah dipersetujui walaupun kita mewakili golongan minoriti yang tidak memilih pemerintah tersebut. Hormatilah undang-undang dan penguasanya. Tangan yang memangkah undi itu hanyalah lantaran, Allah jua yang menentukan. Apakah itu juga perlukan perbahasan. Sekiranya sampai waktu memilih pemerintah baru, calon kesukaan anda masih tidak menang, adakah anda ingin menyalahkan demokrasi?


Nota: Nampak sangat Dr Asri bukan pemimpin agama, kerana Putrajaya tidak menggunakan dia. 


7 comments:

j3bat said...

TERTANYA JUGA BETULKAH USTAZ ASRI NI MASIH BERMANHAJ SALAF ?

Ulama salaf yg lain kata demonstrasi haram, bidaah yg tak pernah dianjurkan oleh nabi.

Ulama Salaf kata kalau nak menegur pemimpin ada kaedahnya bukan cara demonstrasi kerana demonstrasi haram.

Ulama salaf kata wajib mentaati pemimpin selama mana pemiminpin masih bersolat.

Lagi sekali nak tanya Ustaz Asri masih bermanhaj Salaf ker?

Anonymous said...

ahhh...mamat ni..aku pon tak berapa faham..dia dok kat mana? macam lalang..esok ckp ni...lusa ckp tu..hmmmmm...anuar macam mana pulak? tak guna bingai-bingai pakai serban/jubah/tudung labuh ka? kes dia pulak macam mana, asri? hang tolong komen sat aku nak dengaq

Anonymous said...

Jangan la ikut dr bodoh ni.
Sekejap ke hulu sekejap kehilir.
oii...Dr Mangkuk,jangan lagi kau banyak cakap bagus duduk diam.
Banyak lagi ulamak2 yang lebih bijak pandai dari hang.
Kalau ya pun nak cari publisiti jangan yang murahan cari la yang mahal2 sikit agar rakyat tak meluat dgn kau.
Kalau setakat Dr Mantan Mufti tak semestinya kau betul.
Terus terang saja, kau nak jadi calon Pas atau PKR.
Ikutlah subahat dengan Ambabiga sebab kau pun setaraf dgn Ambabiga.
Kau ingat rakyat Malaysia semuanya bodohka macam kau,Nik Najis, Hj Todi,Mat Sabun dan Anujubur.

Anonymous said...

aku pelik betul dengan orang politik ni yang tak boleh terima teguran samada umno, pas @ pkr. bila Dr Asri bagi pendapat yang bercanggah dengan kehendak politik umno, orang umno akan memaki hamun dan mencarut2 kpd Dr Asri. sebelum ni pun Dr Asri pernah mengkritik Pas, reaksi penyokong sama dengan penyokong umno sekarang ni. 2x5=5x2. ulama muda macam Dr Asri sebenarnya yang kita mahukan, yang berani menegur tak kira puak mana. ulama muda Umno seperti Fathul bari dll sudah tentulah akan cari dalil untuk menghalalkan tindakan boss umno, begitu jugak dengan ulama Pas untuk boss mereka. tapi tidak dengan Dr Asri, semua pihak ditegur tanpa perlu nak jaga perasaan kerana yang hak tetap hak, yang batil tetap batil. Tahniah dan teruskan Dr Asri....

Anonymous said...

apa salahnya .. dia nak glamer same. org lain patoh tekok, pecoh pala, senget purong lutut kene langor lenghobar pulih,.. jadi dia reka macang2 nok dapak publisiti free...mujor2 boleh jadi calon PRU 13.
Ambe nok pakoh Ust.Azhar Idrus ..Tranung kite.. bila lagi nok jadi calong ust. ? kalu payoh2 ngat gi jumpa LGE jadi calong roket.
Jgn berasa hati neh... ambe gura je

kopi said...

org melihat bagaimana Dr Asri mengupas sesuatu isu dan diharap Dr Asri juga bersedia utk dikupas balik. Lagipun status Wahabbi Dr masih diberi pemantauan.Org juga perhatikan apa sebenarnya matlamat Dr, apakah Dr ketika ini sedang menangguk di air yg keruh. Dr. bukanlah PAS dan bukan juga UMNO, mungkin Dr dgn agenda Dr sendiri. Apa pun Dr punya usaha tuhan punya kuasa, kita semua rakyat Malaysia sama2 tgk nanti.

Anonymous said...

Sudah menjadi kebiasaan di Malaysia sekarang, sesiapa sahaja yang menyokong kerajaan dianggap kolot dan coba mengampu. Hanya yang menentang sahaja dianggap bijak dan progressif. Sebab itu ramai artis-artis, 'ulamak', professor, sasterawan malah menteri sendiripun ada yang tidak bersetuju dengan kerajaan. Barulah nampak bijak dan terror.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI