TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Thursday, July 21, 2011

DR ATORY MENGAMPU -DANGKALNYA PEMIKIRAN PEMIMPIN PAS

KUALA LUMPUR, 20 Julai: Hairan bin ajaib, bagaimana seorang yang bergelar profesor, tiba-tiba menyuruh kerajaan mengambil tindakan kepada portal berita The Malaysian Insider kononnya pemberitaannya memberi kesan buruk kepada keselamatan dan keamanan negara.
AJK PAS Pusat, Ustaz Idris Ahmad berkata cadangan Profesor Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan Universiti Sains Malaysia (USM), Prof Dr Ahmad Atory Hussain ditertawakan oleh mereka yang belajar di sekolah atap.
“Sebenarnya yang tergugat ialah kerajaan BN, bukannya keamanan negara,” ujarnya dalam kenyataan kepada Harakahdaily.


Inilah contoh kedangkalan pemikiran pemimpin PAS yang telah sampai tahap bahlol. Memang benarlah sekiranya mereka yang belajar di sekolah atap mentertawakan Prof Dr Ahmad Atory. Ini kerana tahap pemikiran mereka juga rapuh seumpama atap, mana mungkin mereka dapat menterjemah apa yang ternampak dan tercermin difikiran Prof Dr Ahmad Atory.

Selaku seorang Prof Pusat Pengajian Sains Kemasyarakatan, tentunya apa yang ternampak dan tercermin dalam pemikiran Dr Ahmad Atory adalah berdasarkan kajian-kajian hubungkait antara tingkah laku manusia dan pemberitaan. Ini adalah soal kesedaran seorang ilmuan, bukannya soal mengampu. Sekiranya Dr Ahmad Atory ingin mengampu, lebih baik disarankan sahaja ditutup semua saluran media yang pro pembangkang. Mengapa beliau hanya memilih The Malaysian Insider sahaja? Mengapa tidak dicadangkan sekali Harakah?

Ini kerana pemberitaan The Malaysian Insider adalah pemberitaan rekaan, pemberitaan hasutan yang mana menurut ilmunya mampu menggugat keamanan kemasyarakatan Malaysia. Dr Ahmad Atory bukannya mempersoalkan pemberitaan berat sebelah, tetapi beliau mempertikaikan pemberitaan rekaan, fitnah dan hasutan. Atas dasar itulah beliau mencadangkan The Malaysian Insider dikenakan tindakan. 

Tahap buta huruf dan buta IT memang kecil di Malaysia ini, tetapi tahap pemikiran rakyat yang mampu mencerna berita dengan bijak juga terlalu kecil. Rata-rata rakyat Malaysia membaca berita sebagai berita dan menerima bahawa apabila ianya dinamakan berita, maka ianya benar. Maka atas sebab itulah Dr Ahmad Atory timbul kebimbangannya. Bimbang Dr Ahmad Atory adalah bukan kerana beliau sayangkan UMNO atau BN, tetapi lebih kepada sayangkan keamanan dan kestabilan negara. Ini kerana walaupun beliau menyokong UMNO ataupun BN,  beliau bukanlah politikus yang mencari tempat untuk bertanding.


Rencana penuh "Dr Atory jadi pengampu kelas pertama" boleh dibaca di SINI

 

6 comments:

Anonymous said...

Bro..

Gua rasa HARAKAH DAN MALAYSIA KINI SAMA JER..

Mission HARAKAH IA LAH MENYESATKAN ISLAM MELAYU.

Mission MALAYSIA KINI IA LAH MENYESATKAN MELAYU ISLAM.

Islam Melayu. Melayu Islam pusing2 pon bunyi dia sama.

MELAYU KINI, HARAKAH IS "MOTHER OF ALL BANGSAT"

Outsider.

midblus said...

UMNO 'father of bangsat'...

Anonymous said...

BETTER THAN LOOSER BANGSAT AND PETUALANG BANGSAT..

Anonymous said...

midblus ....
" Serulah (manusia) kepada jalan Tuhanmu dengan hikmah dan pelajaran yang baik dan bantahlah mereka dengan cara yang baik. Sesungguhnya Tuhanmu Dialah yang lebih mengetahui tentang siapa yang tersesat dari jalan-Nya dan Dialah yang lebih mengetahui orang-orang yang mendapat petunjuk." (QS.16:125)

semoga Allah SWT selalu melindungi dan membimbing kita semua.

Unknown said...

Salam.
midblus...

Cerminkan diri kamu dulu sebelum mengelar UMNO 'father of bangsat'. Kemungkinan kamu dibesarkan dgn segala usaha2 Umno dimasa lampau. Saya syorkan agar kamu gosok gigi kamu tu kerana apa yg terkeluar dari mulut mu amat-amalah BUSUKKKK...

Anonymous said...

rasanya berita malaysian insider ni ada juga dimuatkan dalam Yahoo Malaysia.

Banned jugak beita tu dalam Yahoo.

Boleh baca cara pemberitaannya di situ.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI