TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, July 17, 2011

HJ HADI UMPAMA KATAK BAWAH TEMPURUNG

Hj Hadi cakap hanya Malaysia sahaja negara demokrasi yang tidak membenarkan demontrasi. Hj Hadi sebenarnya kurang ambil pusing agaknya dengan apa yang berlaku di dunia luar. Bila cakap, ikut sedap mulut aje. Rujuk TMI

Tak pegi jauh wahai Hj Hadi. Tengok Singapork aje, mereka nak jaga ekonomi negara mereka, mereka nak jaga keamanan negara mereka, ada mereka benarkan demonstrasi. Bukan kata demonstrasi, cakap terlebih sikit aje, terus sumbat masuk jel. Kalau Haji Hadi berpolitik kat Singapork, Hj Hadi dah lama dah bercakap sorang-sorang dengan dinding.

Sedang UK yang berbangga sangat dengan demokrasinya itupun ganas. Tengok macam mana dia layan orang berdemontrasi di Ireland. Polis siap pakai peluru getah tembak para demonstran. Di Malaysia ni dah cukup baik, polis cuma guna gas pemedih mata sahaja. Kena tangkap, bagi makan lagi. Di UK, ada ke dia bagi makan pada para demonstran tu? Begitu juga di US, mereka jual demokrasi, tapi mereka sendiri bukan sahaja zalim pada rakyatnya malah kepada mana-mana negara yang cuba berdemontrasi mengutuk mereka. Itupun Hj Hadi tak nampak. Memang mereka benarkan demonstrasi, tetapi ada harga yang perlu dibayar oleh para demonstran, jauh lebih mahal dan lebih zalim dari apa yang terjadi di Malaysia.

Kalau ingat negara orang tu lebih baik demokrasinya dari Malaysia, pergi lah ke sana. Jadi rakyat sana dan cubalah berdemonstrasi seperti di sini. Nanti tahulah, bumi mana yang bertuah!!!
 

3 comments:

HHalem said...

I say, Tuan dah berniaga Kotex pulak ka:-)

TENGGARA is SOUTHEAST said...

HH,
Nuffnang ni tak patut betul la....
Apa leh buat, agaknya statistik Nuffnang tengok banyak pompuan yang masuk blog ni. Bagus le org pompuanpun dah minat baca blog politik.

AJAI62 said...

Assalam Bro

Itu Hj.Hadi tu kalau berdemo kat negara Eropah agaknya mahu terus mati terkejut tak sempat pun nak berdemo... Baru kena air sikit dah meraung satu dunia... belum kena cota lagi tu.... Mahu disuruhnya Israel serang Malaysia...

ARTIKEL HANGAT BULAN INI