TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, July 17, 2011

KENAPA PAS YANG BERIA-IA NAK TERUSKAN KEMPEN BERSIH

ALFATIHAH untuk Allahyarhamah Dr Lo'Lo'. 
Mudah-mudahan rohnya ditempatkan bersama-sama roh orang-orang yang beriman. Insyaallah. 
Kepada keluarga Allahyarhamah, semoga tabah 
menghadapi saat-saat sedih ini. 


Selepas seminggu demonstrasi BERSIH, kebanyakkan pihak macam dah malas nak cakap fasal bersih lagi. Ambigapun dah tak dengar apa-apa kenyataan darinya lagi. Mungkin frust agaknya kerana hajat nak ISA tak dapat. Kemudian mungkin pening kepala memikirkan apa nak jawab dengan "penderma" luar yang mengharapkan sesuatu yang lebih besar lagi dari apa yang berlaku Sabtu lepas.

Nanti Terawih pun pakai kuning ke?
Sebelum Sabtu lepas, semua pihak kata BERSIH bebas dari parti politik. Tiba-tiba sekarang PAS macam nak jadi juara BERSIH pulak. Bermula dengan Khalid Gereja nak buat BERSIH di Selangor, kini Nasrudin Hassan pulak nak buat kempen BERSIH sepanjang Ramadan dengan tema "Ramadan Bulan Bersih". Siap nak buat roadshow ke seluruh negeri. Rujuk SINI

Kalaulah dalaman PAS sendiri masih kotor, masih belum BERSIH, tak payahlah nak sibuk-sibuk dengan BERSIH. Bulan Ramadan adalah bulan puasa, bulan untuk beramal ibadat. Kalau juak-juak PAS ni buat roadshow dan bertemu dengan rakyat, mereka tak akan BERSIH punya. Ini kerana setiap kali mereka bercakap, setiap kali itulah kerjanya memfitnah kerajaan, mencela kerajaan. Apa maknanya puasa? 

Jawatankuasa masjid juga kena ingatkan anak kariah, jangan siang puasa, malam terawih lepas tu dengar orang buat fitnah. Ini dah berlaku pada Ramadan yang lepas, PAS buat program lepas terawih.

Agaknya PAS memang tak bersih lagi, itulah yang sibuk sangat nak terus dengan program BERSIH.


3 comments:

Muhammad Azli Shukri said...

salam, blog ini sudah dipaut..

TUKANG URUT said...

Mereka tidak mampu meraih sokongan rakyat melalui undi,oleh itu mereka mengajak rakyat menumbangkan kerajaan sebagaimana mesir..

Apapun usaha mereka ,mereka pasti tidak akan berjaya

Anonymous said...

Tu lah.. Kalo aku kata dorang nie guna nama Islam untuk kepentingan politik, dorang marah tapi itu lah yang digunakan. Jangan siang puasa malam ibarat telanjang bulat lari tengah jalan kat bandar tu. Serupa lah tak payah puasa langsung. Harap je pakai kopiah & sarban tapi perangai mengalahkan orang mabuk arak.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI