TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Tuesday, July 12, 2011

LANCARKAN PERANG TERHADAP AMBIGA

PAS merupakan pihak yang paling kecewa sekali dengan kegagalan BERSIH 2.0. Ini dapat ditafsirkan melalui kenyataan dan tindakan para pemimpinnya. Selepas BERSIH 2.0, para pemimpin PAS yang paling banyak sekali cuba memutar belitkan keadaan.
"I'll spin the issue" -Ambiga

Apa yang tidak pemimpin PAS ketahui ialah, diperingkat bawahan, telah ramai penyokongnya mula curiga. Mereka tertanya-tanya, PAS berjuang untuk siapa? Ramai para penyokong PAS yang mempunyai akses yang terhad terhadap sumber maklumat mula bertanyakan dan mendapatkan kepastian sebenar, siapakah Ambiga? Mereka tidak bertanyakan perihal BERSIH, mereka tidak bertanyakan tentang pilihanraya, mereka tidak berdebat tentang keganasan polis  tapi mereka meminta kepastian latar belakang Ambiga. Rupanya masih ramai orang PAS yang benar-benar mendukung perjuangan Islam. Untuk itu, jentera penerangan UMNO perlu merebut peluang ini untuk menerangkan kedudukan sebenar siapa itu Ambiga dan siapa itu Anuar. Perang terhadap Ambiga perlu segera dijalankan. Orang Islam, tanpa mengira fahaman politik, perlu diperjelaskan mengapa mereka perlu menolak Ambiga dan perjuangannya. Ramai penyokong PAS yang berpendidikan kini menggeleng-gelengkan kepala bila diaju dengan persoalan persekongkolan PAS dengan Ambiga. Kalau dahulu mereka mempunyai jawapan kepada persekongkolan PAS dengan DAP atas dasar politik, kini mereka kehilangan ayat. Ambiga bukan politician. Ambiga mempunyai agenda yang lebih besar lagi yang mengambil kesempatan atas kekalutan Anuar dan kebodohan para pemimpin PAS. UMNO perlu mengambil inisiatif untuk menyedarkan penyokong PAS dan menerangkan bagaimana pemimpin mereka telah diperkudakan oleh puak-puak Anti Islam dan menjadikan PAS sebagai medium untuk mereka memecahbelahkan perpaduan Islam dan Melayu di Malaysia ini.


5 comments:

Anonymous said...

NASIHAT KEPADA PEYOKONG PAS JANGAN LAH BACA HARAKAH SAHAJA. BUKA LAH MINDA SERTA CUBA BACA BERITA DARI SUMBER YANG LAIN JUGA. BARU LAH DAPAT INFO TERKINI. USAH LAH DIPERBODOHKAN OLEH MEREKA YANG BERKEPENTINGAN UNTUK DIRI SENDIRI

Anonymous said...

Sekalung Tahniah kepada yang berjaya menghadirkan diri di Bandaraya Kuala Lumpur pada 9hb Julai, 2011 yang lalu. Dengan semangat yang berkobar-kobar anda semua berjaya memeriahkan majlis parti anjuran Ambiga dengan perancang utama Anuwar.

Juga ucapan terima-kasih kerana tahniah kerana menyemarakan kebencian kepada Polis DiRaja Malaysia yang menjalankan tugasan mengamankan negara.

Walaupun telah dilarang oleh pihak berkuasa mereka tetap mahu berhimpun.

Walaupun telah di Titah oleh DYMM SPB YDP AGONG – tetap mahu Derhaka dan ikut Ambiga.

Walaupun di Titah oleh DYMM Sultan Selangor – kumpulan ini memilihan jalan cemar Derhaka serta ikut tapak kaki Ambiga.

Kepada Raja dan Negara mereka Pendemo Melayu pilih jalan Derhaka dan beRajakan Anuwar Ibrahim dan berSultankan Ambiga.

Tahniah diatas pilihan mereka yang mencetuskan huru-hara di Bandaraya Kuala Lumpur. Melumpuhkannya pada 9hb Julai serta menganiayakan rakyat lain yang tidak satu fahaman dengan fahaman politik Anuwar dan Ambiga.


Namun tahukah mereka bahawa BERSIH itu satu Pertubuhan Haram yang di ketuai oleh Ambiga? Pertubuhan Haram mahu menjalankan Demonstrasi Haram yang berselindung untuk menyelamatkan politik kotor jijik Anuwar Ibrahim.


Anda semua Pendemo Melayu Islam telah diperalatkan. Dipergunakan. Diperkotak-katikan. Dilacurkan oleh Anuwar Ibrahim demi perjuangan politiknya yang jijik.

(bersambung )

Anonymous said...

Dan ketahuilah siapa itu Ambiga yang di sanjung selama ini.

Ambiga merupakan teraju kepada tuntutan Inter Faith Commission (IFC) yang dipelopori oleh Anwar. Perjuangan mereka menuntut kesamarataan beragama, dalam masa yang sama menggugat Islam agama rasmi negara. Perkara tersebut turut dibawa ke PBB sebagai hak asasi manusia.

3- Perkara yang boleh memurtadkan sesiapa sahaja yang salah tafsiran itu didalangi oleh Ambiga dan pemimpin dalam Pakatan Rakyat diantaranya adalah;

Sivarasa a/l Rasiah ( Naib Presiden PKR ),
Tian Chua ( Ketua Penerangan PKR ),
Ronnie Liu ( Setiausaha Hal Ehwal Pertubuhan Badan Bukan DAP Pusat ),
Elizabert Wong Keat Peng ( Ketua Penerangan Wanita PKR ) dan juga
Sokonglah mereka ini wahai Pendemo budiman!
.

ANCAMAN PENUBUHAN IFC DI MALAYSIA

Apa itu IFC (Inter Faith Commission).

IFC berasal dari IRC( Inter Religion Council ) yang merupakan Suruhanjaya Antara Kepercayaan yang dicadangkan sebagai sebuah badan berkanun yang mempunyai kuasa undang-undang yang boleh mengubah ajaran sesetengah agama(cth: Agama Islam) atas desakan penganut agama lain. IFC berfungsi seakan SUHAKAM yang turut menerima dan melayan aduan berkaitan agama.

IFC ditubuhkan oleh Malaysian Consultative Council Of Buddhism, Christianity, Hinduism dan Sikhism atau singkatannya MCCBCHS ataupun Majlis Perundingan Malaysia Agama Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh melalui memorandum bertarikh 21 Ogos 2001 kepada Majlis Peguam Negara.

(bersambung 2 )

Anonymous said...

(Bahagian terakhir )

Matlamat Penubuhan IFC

IFC ditubuhkan untuk membolehkan mereka meminda beberapa ajaran asas Islam yang boleh merosakkan akidah umat Islam serta lebih berpihak kepada orang bukan Islam.


Ancaman Daripada 14 Tuntutan IFC Terhadap Umat Islam

1. Seseorang anak yang dilahirkan oleh ibubapa Islam tidak seharusnya secara terus menjadi orang Islam.

2. Orang-orang bukan Islam yang telah memeluk Islam hendaklah diberikan kebebasan untuk kembali ke agama asal mereka (murtad) dan tidak boleh dikenakan tindakan undang-undang.

3. Sebarang kes pertukaran agama orang Islam kepada bukan Islam tidak sepatutnya dikendalikan oleh mahkamah syariah tetapi dikendalikan oleh mahkamah sivil.

4. Tidak perlu dicatatkan di dalam kad pengenalan seseorang Muslim bahawa ia beragama Islam

5. Orang bukan Islam tidak perlu dikehendaki menganut Islam sekiranya ingin berkahwin dengan orang Islam. Orang Islam hendaklah dibenarkan keluar daripada Islam(murtad) sekiranya ingin berkahwin dengan orang bukan Islam tanpa boleh dikenakan tindakan undang-undang.

6. Seseorang atau pasangan suami-isteri yang menukar agamanya dengan memeluk Islam tidak patut diberikan hak penjagaan anak.

7. Orang-orang yang bukan Islam yang mempunyai hubungan kekeluargaan dengan seorang yang memeluk Islam hendaklah diberikan hak menuntut harta pusakanya selepas kematiannya..

8. Kerajaan hendaklah menyediakan dana yang mencukupi untuk membina dan menyelenggara rumah-rumah ibadat orang bukan Islam sebagaimana kerajaan menyediakan dana yang serupa untuk masjid.

9. Orang-orang bukan Islam hendaklah dibenarkan dan tidak boleh dihalang daripada menggunakan perkataan-perkataan suci Islam dalam percakapan dan sebagainya.

10. Bibel dalam Bahasa Malaysia dan Bahasa Indonesia sepatutnya dibenarkan untuk diedarkan kepada umum secara terbuka.

11. Pelajaran agama bukan Islam untuk penganut agama itu hendaklah diajar di semua sekolah.

12. Program-program berunsur Islam dalam bahasa ibunda sesuatu kaum hendaklah ditiadakan. Program dakwah agama lain selain Islam pula hendaklah dibenarkan untuk disiarkan dalam bahasa ibunda masing-masing.

13. Orang-orang Islam yang membayar zakat tidak sepatutnya dikecualikan daripada membayar cukai pendapatan dan wang hasil zakat sepatutnya digunakan juga untuk keperluan orang-orang bukan Islam.

14. Sepatutnya islam tidak disebut sebagai pilihan pertama masyarakat Malaysia seperti dalam soal pakaian menutup aurat kepada pelajar sekolah.



Ancaman Utama IFC terhadap Islam

1. Membuka ruang seluas-luasnya kepada orang bukan Islam mencampuri Hal Ehwal Agama Islam.

2. Menjadikan undang-undang Allah pertu tunduk kepada norma-norma antarabangsa yang dicipta manusia yang jelas menjejaskan aqidah.

3. Orang-orang Islam bebas melakukan apa saja tanpa batasan.

4. Orang-orang Islam bebas untuk murtad.

5. IFC berhak untuk menentukan status agama seseorang.


Sebagai umat Islam yang berpegang teguh kepada ajaran Islam yang disampaikan oleh Nabi Muhammad S.A.W., kita haruslah menentang sekeras-kerasnya penubuhan IFC yang di ketuai oleh Ambiga!!!

Tiada satu pun agama di dunia ini yang sanggup menerima campurtangan oleh mereka yang bukan penganutnya. Penubuhan IFC pastinya akan menimbulkan ketegangan antara agama yang bakal menggugat keselamatan negara.

Tahniah kerana mengikut emosi jalanan hembusan semangat seorang yang telah Jasad Politiknya telah jadi jenazah – Anuwar Ibrahim.

ARK2

IBM said...

Salam. Siapa tak kenal akhbar Harakah. akhbar fitnah no 1 di Malaysia. Kerja mereka x habis2 memfitnah. Samoai mati oun depa nk fitnah. Berasap kubur depa tu nanti....:)

ARTIKEL HANGAT BULAN INI