TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Friday, July 22, 2011

MENCARI "SYAHID" MELALUI PAS

Sahhh….PAS adalah gabungan dari kelompok manusia yang tidak suka dan tidak menghormati undang-undang. Ini bukan aku yang cakap. Ini berita yang terdapat dalam Harakahdaily.


Apa takut, undi PAS mati syahid beb...
Mat Rempit siap ikrar akan mempertahankan kerajaan PAS dalam Ijtimak Pilihanraya PAS Kelantan. Setahu aku Mat Rempit ni memang sinonim dengan perkara-perkara mungkar. Bukan sedikit yang diperkatakan tentang Mat Rempit ni, dari mengganggu ketenteraman awam di jalanraya sampailah ke aktiviti seks bebas. Sesuailah tu duduk satu kem. Para pemimpin PAS juga dari jenis orang yang suka melanggar dan mencabar undang-undang. Kalau PAS menang lagi, bermaharajalelalah Mat Rempit kat Kelantan. Bagus la tu. Kalau boleh bawak balik sekali Mat Rempit keturunan Kelantan yang banyak kat KL dan Johor sekali.

Nanti kalau tak cukup juga, PAS Kelantan boleh kumpulkan sekali Mat Ganja, Mat Syabu (sebut Sabu), Mat Ketum dan semua yang lalok-lalok tu suruh ikrar sokong PAS. Kan ke bagus gitu. Kalau sokong PAS, mana-mana Mat Rempit yang mati accident masa berlumba, Mat Lalok yang mati semasa sedang hilang akal, tak perlu takut, nanti Tok Guru akan isytiharkan syahid. 


No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI