TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Monday, July 25, 2011

NILAI CUKAI ROKOK SELUDUP RM2B SETAHUN

Menurut segmen "TV3 Ambil Berat" masa berita tadi, kerajaan Malaysia kerugian RM 2 bilion setahun akibat lambakan rokok seludup di pasaran. Persoalannya di sini apakah kerajaan benar-benar ingin menghapuskan perokok?
Bakar rokok ke bakar duit tu.....?
Kebanyakkan perokok adalah dari golongan pendapatan rendah dan sederhana. Menaikkan cukai rokok akan membebankan perbelanjaan mereka. Oleh kerana tidak mampu membeli rokok berjenama dan dikeluarkan melalui kilang yang piawai, mereka beralih kepada rokok murah dan diseludup.

Menghisap rokok murah yang sesetengahnya hasil dari kitaran semula akan menyebabkan pelbagai penyakit kronik kepada para perokok. Ini akan meningkatkan lagi beban tanggungan kesihatan kerajaan kepada awam. Orang kaya mampu beli rokok mahal, maka yang menanggung akibatnya ialah rakyat kebanyakkan.

Apakah benar kenaikkan cukai rokok untuk mengelakkan lebih ramai lagi orang merokok atau cuma untuk menambahkan lagi hasil kerajaan melalui cukai? Sekiranya benar kerajaan ingin mengurangkan perokok dan seterusnya menghapuskan tabiat merokok di kalangan rakyat, menaikkan harga rokok bukanlah jawapannya.

Kerajaan boleh mengambil contoh bagaimana cara kerajaan pada satu ketika dahulu mengatasi ketagihan todi. Kerajaan boleh melesenkan para perokok yang telah sedia ada dan tidak lagi mengeluarkan apa-apa lesen rokok selepas dari melesenkan perokok sedia ada. Begitu juga, hanya kedai-kedai tertentu sahaja yang dibenar dan dilesenkan untuk menjual rokok dan pemegang lesen hanya dibenarkan membeli mengikut kuota yang tercatat dalam lesen untuk penggunaanya. Rokok dijual pada harga biasa dan hanya rokok yang benar-benar menepati piawai pengeluaran berdasarkan standard antarabangsa sahaja yang dibenarkan dijual. 

Sekiranya langkah ini diambil, masalah perokok ini akan selesai selepas semua pemegang lesennya meninggal dunia sepertimana masalah todi. Kini tiada lagi kedai todi setelah tiada lagi pemegang lesen untuk minum todi yang masih hidup.

Diharapkan agar kerajaan tidak hanya gah berslogan untuk meminta rakyat meninggalkan rokok, walhal pada masa yang sama memeras duit rakyat melalui cukai yang berlipat kali ganda dari harga rokok yang sebenarnya. Sekiranya ikhlas, lesenkan perokok sedia ada, dan jual rokok berkualiti dengan harga biasa. Setelah mati kesemua perokok yang berlesen, peniagapun, tidak mahu berniaga rokok kerana tiada pembeli sebagaimana todi sekarang ini, tiada siapa yang ingin memohon lesen kedai todi kerana semua peminum yang berlesen dah pupus. Todi pupus bersama peminumnya yang berlesen dan rokok juga boleh pupus dengan pupusnya perokok yang berlesen. 
Tapi.....berapa banyak ya kerajaan akan rugi hasil dari cukai rokok?????.....banyak tu, tak boleh...tak boleh, mesti kena ramaikan lagi perokok dan naikkan lagi cukai!!!


p/s 
Aku hisap paip. Paip tak sama rokok sebab paip guna tembakau asli, kira-kira serupa macam makan ulam le....he...he..he.


4 comments:

KAKIGOMO said...

Mana mahunya..hal ini kena tanya kastam..kenapa boleh lepas..sedangkan siang malam mereka berjaga,,kah kah kah

t said...

Kakaigomo,
Kastam saje nak tolong ko orang supaya dapat jimat duit.

Anonymous said...

AKU PEROKOK TEGAR...SEBAB MARAH TOKEY ROKOK NAIK REGA ROKOK 3 KALI STAHUN..AKU PUN HISAP ROKOK SELUDUP,PADAN MUKA TOKEY ROKOK TAK DAPAT DUIT AKU.

Anonymous said...

Apa jadi dengan pengarah kastam yang di tahan di rumahnya di Temerloh bersama wang tunai RM600 000.00 dan rokok seludup? Khabar nya telah mual bekerja.....tak de apa-apa tindakan pun?

ARTIKEL HANGAT BULAN INI