TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, July 24, 2011

TAK TIDUR MALAM FIKIRKAN, BILA NAK KENA TANGKAP

Perbetulkan cara kendali Bersih 2.0
Harakahdaily   
Lari....jangan tak lari.
KOTA BHARU, 24 Julai: Kerajaan BN diperingatkan, cara mereka mengendalikan isu Bersih 2.0 dengan terus mengejar para pimpinan Pakatan dan aktivis tidak betul.
 "Bahkan mereka mesti berlapang dada dengan mengkaji segala tuntutan dan perjuangan Bersih," kata Ketua Pemuda PAS Kelantan, Abdul Latiff Abdul Rahman dalam satu kenyataannya.
Beliau mengulas tindakan kerajaan BN melalui polis yang terus menerus mengejar pemimpin Pakatan dengan cara mengeluarkan waran tangkap dan sebagainya.
Tindakan begini akan menyebabkan momentum rakyat akan terus meningkat untuk mendapatkan pilihan raya yang bersih dan adil di negara ini.
  
Itu kata pemimpin Pakatan. Takut juga pemimpin puak Pakatan ni kena tangkap. Bagi rakyat pula dah betul apa yang kerajaan buat tu. Rakyat dulu marah fasal KDN lambat bertindak. Rakyat keluar beramai-ramai sebab nak mencabar KDN, bukan nak menyokong BERSIH 2.0. Jangan pulak perasan yang keluar beramai-ramai tu sokong Pakatan atau BERSIH. Mereka keluar sebab marah kat KDN yang sepatutnya awal-awal lagi dah sumbat ke dalam jel para penderhaka yang nak cetuskan kekacauan dalam negara dengan menggunakan sumber asing . 

Bila kerajaan mula bertindak menangkap dan mendakwa mereka-mereka yang terlibat, rakyat suka. Mereka mahukan kerajaan yang tegas dalam menegakkan keamanan negara. Mereka mahukan negara yang tenteram dan harmoni. 

Yang tak betulnya ialah bukan cara kerajaan menangani isu BERSIH 2.0. Yang tak betul ialah cara penganjur BERSIH 2.0 membentangkan memorandum tuntutan di jalanraya. Kalau tuntutan tu serius, janganlah macam buat macam orang jual ubat di kaki lima. Sekarang bila kerajaan bertindak menangkap dan mendakwa mereka-mereka yang menghuru-harakan negara, sokongan rakyat kembali pulih. Kepada pemimpin dan penganjur BERSIH, tunggu sahaja bila pintu rumah atau pejabat di ketuk. Mungkin pemimpin Pakatan tidak nampak bagaimana marahnya rakyat bila KDN terlalu berlembut dengan mereka. Pemimpin Pakatan sebenarnya salah baca sifir.



No comments:

ARTIKEL HANGAT BULAN INI