TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, July 24, 2011

INGATKAN DAH MENINGGAL DUNIA!!!

“Negara kita selama ini telah memuncak begitu lama, negara yang cukup berjaya sebab rakyat berpegang teguh pada semangat kemerdekaan tetapi malangnya sejak beberapa tahun kebelakangan ini (prestasi) kita sudah mula menurun dan secara terang-terangan melakukan perkara-perkara yang pelik,”. "Rakyat tidak akan bangkit menentang kerajaan sekiranya pilihan raya yang dijalankan dibuat secara telus dan adil". Itu kata-kata Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir, Timbalan Presiden Angkatan Amanah Merdeka (Amanah) yang aku kutip dari Minsider.

Ini satu contoh orang yang dapat nyawa semula ekoran kehangatan BERSIH 2.0. Ramai yang dah lama tak dengar suara Tan Sri ni. Aku sendiri terperanjat bila dengar nama dia jadi Timbalan Presiden Amanah. Aku ingatkan dah lama meninggal.

Inilah sikap bekas-bekas pemimpin UMNO. Bila dah tak ada tempat dalam kerajaan, terus menyepikan diri dan tidak terlibat dengan apa juga kerajaan semasa. Tak tahulah, biasanya orang-orang tua ni kuat merajuk. Bila tak terpilih, merajuk terus menyepi. Patut bila dah banyak kebaikan yang dapat dari BN dahulu, bila dah tak ada jawatan tentunya banyak masa. Gunakanlah masa tersebut untuk membantu orang-orang muda ni memperkuatkan BN, jangan tunggu ada jawatan sahaja baru nak membantu. Ni bukannya nak membantu, cari peluang nak menibai aje.

Kalau dulu masa muda-muda pandai tonyoh muka suruh orang pilih, bila terpilih bukan main lagi melangit puji kerajaan. Bila dah tak ada jawatan, tak ada tempat dalam kerajaan, tiba-tiba nak tibai kerajaan pulak? Kerajaan hari ini adalah mewarisi dari apa yang Tan Sri sama-sama buat dulu sewaktu dalam kerajaan. 

Tan Sri kalau nak tibai kerajaan, tibai aje terus terang. Tak guna cakap selindung-selindung. Kalau kata kerajaan buat benda yang pelik-pelik, cakap apa yang peliknya. Kalau cakap pilihanraya tidak dibuat secara telus dan adil, buktikan. Apakah sewaktu Tan Sri dalam kabinet dulu tak ada perkara pelik dan bodoh yang dibuat. Apakah sistem pilihanraya yang memilih Tan Sri jadi wakil rakyat dulu tak sama dengan yang ada pada hari ini. Apakah sistem dulu lebih baik dari sistem sekarang?

Sudah la Tan Sri, kalau dah malas nak berkhidmat tanpa jawatan, duduk diam-diam layan cucu lagi baik. Tak guna nanti kalau dah tua-tua kena tibai dan kena maki dengan orang muda. 

7 comments:

Anonymous said...

dia ni kan puak ambiga gak.tengok muka dia lebih kurang lah

free compass said...

mintak maap la tapi mamak perangai depa memang mcm ni.

Anonymous said...

Tanya dia apa di dah buat kat RTM dulu. Timbalan Presiden AMANAH ? Dia tahu ker amanah tu hapa ?

Anonymous said...

Betoi...tanya dia apa dia buat masa di angkasapuri dulu? pasai pa timbalan ketua pengarah (rancangan) tu sampai la kena beku di iptar? pasai pa? X betoi cerita dia tu jadi gundek si mamak pedukang ni...say a x caya sbb kadiaq ni mmg amanah lagi jujur....org suka buat fitnah!,

Kalu pru-pru ni x bersih mcm mana dia ni buleh menang 5 kali berturut2? Tanya la samada bersih ke x?

Pru 2008 org dah x bagi dia bertandin...tapi sbb dia maseh ketua bahagian kulim-bandaq baru pm kaki tidoq pon kecoq la sikit...mamak ni pon ugut kalu x bagi kat adik dia nant dia boycott umno....bagi la kat adik si mulut herot tapi cukup suka maki org sbb depa 2 org ni dgn adik beradik depa dah kaya raya ... Taw2 si abg org umno x maw di adik pulak org pas x terima...merudum la....

Tanyalah di abg dia dok buat pa di Concorde Hotel kl seminggu sekali tu? Xkan mesyuarat kot? Tanyala si mamak ni...

Anonymous said...

kalau dah pencen tu xpayah le nak merapu lagi,semasa jadi menteri pun bukan byk sgt kemajuan beliau buat pun,dalam umno pun sama gak..beliau ada ke tak sama jer,skrg nak PRU tiba2 keluar dr gua nak melalak mencari sisa2 perjuangan kot ada lagi dipilih

Dot said...

geng veteren umno ni kalau tak boleh berpikir menaikkan semangat ahli2 umno, mcm Tun, ts sanusi, tak payahla nak jual munyak aurat lagi!! elok balik rumah, duduk bersila gobek sirih pinang & gulung rokok daun lagi baik drp dok ganggu pemikiran orang lain yg ada banyak lagi benda nak difikirkan...

TENGGARA is SOUTHEAST said...

anti bohmau...
tersangatlah setuju dengan pandangan tuan.

ARTIKEL HANGAT BULAN INI