Ambiga ada kuasa sakti. Kesaktian Ambiga tidak boleh dilihat kepada kegagalan perhimpunan BERSIH. Kesaktian Ambiga bukan pada keupayaannya menambahbaik sistem pilihanraya Malaysia. Ambiga jauh lebih sakti dari itu. Ambiga adalah Dewi. BERSIH hanyalah pentas untuk menabalkan kedewian Ambiga.
Itulah sebabnya mereka berarak meraikannya. BERSIH meraikan pertabalan Dewi Ambiga. BERSIH Dewi Ambiga mesti berwarna kuning. Ini kerana Dewi Ambiga telah sedar bahawa bulan sabit berwarna biru sewaktu dia merajai Majlis Peguam dulu adalah warna bodoh. Mana ada bulan sabit warna biru. Bulan sabit warnanya kuning. Itulah sebabnya BERSIH sekarang memakai warna kuning. Tapi sayang, jajahan tinggalannya dulu masih lagi berbulan sabit berwarna biru dan penghuninya masih lagi bodoh seperti dulu menunggu bilakah bulan berwarna biru.
Dengan perarakan BERSIH, dan dengan mengagongkan Dewi Ambiga, dengan merestui Dewi Ambiga, ramailah yang dah nyawa-nyawa ikan mendapat nyawa baru.
Hebat juga kesaktian Dewi Ambiga ni. Ramai yang kita dah lupa, sesetengahnya kita dah confuse samada orang tu hidup lagi atau pun dan meninggal dunia. Dengan merestui Ambiga sebagai Dewi, mereka dapat nyawa baru. Terkejut satu Malaysia, rupanya orang tersebut masih hidup.
Kesaktian paling nyata ialah Dewi Ambiga mampu mengembalikan semula mana-mana ahli politik yang dah nyawa-nyawa ikan kembali gemilang dan terkenal. Syaratnya sangat mudah, hanya restui Dewi Ambiga. Begitulah kuatnya sakti Dewi Ambiga, patutlah pemimpin PAS, pemimpin UMNO pencen, pemimpin-pemimpin yang dah dilupakan dan hampir dilupakan dan ramai lagi ahli akademik serta artis mengambil restunya.
Bila agaknya puak pakatan nak buat patung besar untuk Dewi Ambiga?
1 comment:
Pakatan tengah tunggu dana dari Soros (OSF) nak buat patong Dewi Ambiga yang lebeh besar dari patong Dewa Krishnan kat Batu Cave. Nanti Ulamak2 Pas dan PKR akan datang bawak 1 juta tan kelapa-kelapa untok bayar naza kat Dewi Ambiga kerana bersih tak berjaya.
Post a Comment