TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Sunday, August 7, 2011

BERAPA BANYAK LAGI MUHYIDDIN NAK TABUR DUIT

Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pelajaran semalam mengarahkan agar pembelajaran Bahasa Inggeris dikaji semula. Ini berikutan kurangnya penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan bekas pelajar walaupun setelah 13 tahun menghuni sekolah.
Sejak memegang jawatan Menteri Pelajaran, sudah dua kali Muhyiddin tabur duit. Pertama ialah dengan memansuhkan PPSMI dan digantikan dengan MBMMBI. Pemansuhan tersebut melibatkan penulisan dan percetakan semula  buku teks dan ini tentunya memakan belanja yang banyak. Selain dari itu guru-guru juga perlu dikursuskan semula agar dapat mengadaptasi kepada sistem baru tersebut.

Kali keduanya ialah dengan memperkenalkan program 'satu murid satu sukan'. Program ini terlalulah banyaknya belanja yang terlibat. Diperkenalkan sahaja program ini, di mana-mana sekolah di pelusuk Malaysia ini menerima peruntukan untuk membangunkan prasarana sukan. Kerja pembangunannya begitu cepat sekali. Sesetengah sekolah yang mempunyai kawasan yang kecil terpaksa mengorbankan kawasan padang permainan untuk memberi laluan kepada pembangunan sukan ini.

Begitu banyaknya peruntukan yang dikeluarkan untuk 'satu murid satu sukan' ini sehinggakan matlamat anak ke sekolah untuk akademik seolah-olah telah dikesampingkan. Rata-rata sekolah terpaksa memenuhi jadual sukan dalam penggal pertama persekolahan dan akibatnya ramai pelajar yang dulunya menunjukkan prestasi yang baik dalam peperiksaan setengah tahun, kini hanya sekadar cukup makan. Seharusnya hal berkaitan sukan dan kesihatan rakyat ini bukanlah Kementerian Pelajaran yang menguruskan. Apa fungsi Kementerian Belia dan Sukan? 

Pernahkah Muhyiddin tahu kekecewaan para ibubapa yang menghantar anak ke sekolah untuk kecemerlangan akademik dan bukannya untuk kecemerlangan sukan? Apakah Muhyiddin tahu betapa ramai ibubapa yang begitu mengharapkan anak mereka cemerlang dalam akademik kerana hanya dengan kecemerlangan akademik sahaja yang akan dapat merobah nasib anak mereka? Tahukan Muhyiddin bahawa ibubapa mengambilkira bahawa dalam sukan hanya yang terbaik sahaja yang akan survive untuk persaingan kerjaya? Mengapa sanggup Muhyiddin berbelanja sebegitu besar hanya untuk mengganggu masa anak-anak untuk mendapat kecemerlangan akademiknya. Tanpa sukan di sekolah, anak-anak tetap bersukan bersama rakan di luar waktu persekolahan.

Berbalik kepada isu pembelajaran dan penguasaan Bahasa Inggeris, sepatutnya isu ini bukan sekarang diperbincangkan. Sepatutnya telah lama ianya di kaji. Isu ini sepatutnya menjadi isu utama sesiapa yang menjadi Menteri Pelajaran. Kemunduran penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan pelajar bukannya baru. Semenjak ditamatkan aliran Inggeris pada tahun 1972 dan bermulanya murid yang memasuki persekolahan Darjah satu pada tahun 1973 hingga ke hari ini, rata-ratanya tidak menguasai Bahasa Inggeris dengan baik. Sepatutnya hal ini lebih diutamakan dari penamatan PPSMI dan Satu Murid Satu Sukan. 

Sekiranya perbelanjaan untuk pemansuhan PPSMI dan SMSS digunakan untuk menaiktaraf mutu pendidikan Bahasa Inggeris, rasanya pada hari ini sedikit sebanyak kita telah boleh melihat hasilnya. Janganlah berbelanja besar hanya untuk mengambil hati para kontraktor yang kebanyakkannya mempunyai tempat dan jawatan samada dalam jawatankuasa cawangan ataupun bahagian.


3 comments:

Unknown said...

Sila berkunjung ke blog saya,,melihat satu klip video dari ustaz pas yang mengatakkan BN kerajaan Syaitan,,

Anonymous said...

ala kau pun kayu..di Amerika..sukan dan akedemik sama.. malaysia ramai budak cerdik..otak tp kosong, lembik..sotong...jatuh sikit patah..jika berperang dgn negera jiran 1/2jam malaysia leh kalah.. zaman aku pun bersukan..tak pulak bebal..lembik mcm, budak skg...bila bersukan kita ada semangat juang yg kental...jika akademik mak bapak leh antar tuition..sukan mana boleh...kena usaha sendiri jugak...tp aku tak suka kerajaan kerap ubah sana sini yg pening murid dan guru...itu sebab pelajar ni berkiblat ke pembangkang bila dewasa...kau fikir la sendiri

budakkampong said...

ini la akibat buat keputusan terburu-buru,dulu TUN M dah buat elok2 dasar penguasaan BI melalui sain san MATEmatik,tup2 ada menteri yg nak tunjuk terer mansuh pulak sistem tu,sekarang ckp kata pengusaan BI kurang pula...ingat balik apa yg TUN M ckp tu,beliau memang negarawan yg berpandangan jauh... sayangnya melayu kita memang mudah lupa,pemimpin hebat kita masih Hidup mengapa kalau singapo bleh pakai nasihat menteri mentor LKY kita di malaysia pla tak nak merujuk pada pemimpin yg 23tahun berjasa di malaysia...
Betul la kata TUN,MELAYU memang mudah lupa..

ARTIKEL HANGAT BULAN INI