TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN

Wednesday, August 10, 2011

DAPAT SETENGAH BULAN BONUS PUN TAK CUKUP?

Bekas Presiden MTUC, Syed Shahir Syed Mohamud hari ini mengeluarkan kenyataan bahawa bonus setengah bulan gaji sebelum raya ini untuk kakitangan awam tidak membantu golongan berpendapatan rendah. 
Apa punya bingai Si Shahir ni.....patutnya serulah kakitangan kerajaan berterima kasih kepada kerajaan yang sedikit sebanyak dapat membantu meringankan bebanan perbelanjaan sempena hari raya. Kalau nak kira cukup, sampai bila pun tak cukup. Itulah masalahnya bila dah masuk dalam kumpulan pembangkang. Apa sahaja yang kerajaan buat semua tak betul, apa yang kerajaan beri, semua tak cukup.

Jangan bandingkan perbelanjaan orang berpendapatan tinggi dengan orang pendapatan rendah. Keperluan orang berpendapatan rendah tak sama dengan keperluan orang berpendapatan tinggi. Orang berpendapatan rendah cukup bersyukur sekiranya dapat membawa anak-anak mencari pakaian di sekitar Masjid India, tak perlu ke SOGO dan sebagainya. Sebenarnya yang berpendapatan rendah tu cukup bersyukur dengan apa yang kerajaan beri. Mereka tahu setakat mana kemampuan mereka berbelanja. Mereka hidup bukan hanya untuk berhari raya sahaja.

Kerja menghentam kerajaan ni memang senang. Nanti kalau kerajaan beri yang pendapatan rendah lebih, engkau kata kerajaan tak adil, beri sama rata engkau kata tak cukup. Berhentilah dari jadi orang kalau semua benda hendak disalak.

5 comments:

Keris Jentayu said...

kalau allah turun hujan,ada pula kata tak boleh menoreh hari ini kerana hujan,,jika kemarau pulak...susu getah kurang kerana kemarau,,,susah nak dapat manusia yang duduk ditenggah antara hujan dan kemarau..iatu bersyukur

TENGGARA is SOUTHEAST said...

Keris Jentayu,
Betul tu. Yang tahu bersyukur tu lah yang benar-benar merasai nikmat hidup.

ATOK said...

Salam
pertama tamanya teman nak ucapkan Alhamdulillah dan trima kaseh kepada kerajaan kerna sudi bagi bonus.
Teman sorg kakitangan rendah dalam sebuah jabatan kerajaan.Senang cakap teman dari Jabatan Pelajaran.Pa yg teman nak cakap ni lahir dari ati teman yang benar.
Teman cukup getik bila mana da yang masih tak tau bersyukur n berterima kaseh.Cakap tuan syed tu berdasarkan perbelanjaan dia bukan perbelanjaan kami.Temen ada 4 org anak yang masih belajo.Tapi dgn 1/2 bulan gaji teman boleh beli setiap sorang anak teman 2 psg baju.Teman beli kat tepi jalan je.Ukur baju badan sendiri le.Org ssh wat cra ssh.Tuan syed mungkin malu nak pkai bju blas ringgit.Tp teman n ank teman tak malu.Tuan syed mungkin malu pakai selipar untuk bejalan tapi kami dah besa.
Ingatan untuk Tuan syed
Teman ssh tapi teman tau untuk berterima kasih dan bersyukur.
Teman ssh tapi teman tau menilai.
Teman ssh tapi teman tak pandai salahkan org lain (kerajaan).
TAPI.....
Tuan syed kaya tapi tak tau berterima kaseh dan bersyukur
Tan syed kaya tapi tuan ayed tak tau menilai
Tuan syed kaya tapi tuan syed cukup pandai menyalahkan org lain.
Bersyukurlah dan berterima kasehlah.
kalo PRU 12 teman pangkah PR tapi setelah teman tengok pe yang jadi pada negeri teman (Perak), teman pada PRU 13 ni pasti teman pangkah BN walaupun cina atau india jd calon.
Tuan syed....... jangan ingat org kaya sentiasa pandai.
jangan ingat org kaya sentiasa dihormati oleh org ssh macam teman.
jangan ingat org kaya boleh tipu org ssh.
org kaya maupun org politik banyak belakun je.

ajai62 said...

Assalam Bro

Biasalah tu, selalunya orang yang kaya ni dia bukan fikir pun pasal orang kebanyakan... Mereka bukan tak tahu bersyukur, tapi dek kerana sifat tamak tu yang menyebabkan harta yang bertimbun tak pernah cukup....

Anonymous said...

Si syed shahir ni memang bongok dari dulu pun..tu pasal la kena tendang dengan MTUC..padan muka ko sebab bodoh sgt!

ARTIKEL HANGAT BULAN INI